Sunday, January 9, 2011

Pengorbanan Yang Tak Terbalas

Mega senja mula berarak pergi, hadirnya sinar bulan menyinari kegelapan malam, dibuai dingin angin syahdu yang membawa hawa sejuk mendamaikan perasaan. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun sisa – sisa kehidupan desa masih terasa. Dari jauh kedengaran sayup-sayup suara memuji Ilahi. Sesekali diselang - selikan dengan  kemerduan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Sungguh agung kebesaran Ilahi.

        Di hujung sudut sebuah teratap, seorang lelaki bersila sopan dengan mengadap qiblat. Kedua matanya memandang ke arah al-quran. Bibirnya bergetar selesai sahaja melantunkan ayat-ayat al-quran. Hati dan jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Dia dikenali sebagai Aziz seorang tukang rumah. Sementara itu, kelihatan seorang perempuan yang cantik dengan kulitnya putih kemerah-merahan sedang sibuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada Aziz. Namanya Aisyah seorang suri rumah, dan amat terkenal dengan penampilan serta  kecantikannya. Mereka hidup dengan bahagia di bawah sebuah teratap dalam kehidupan serba kekurangan. Tetapi kebahagiaan tetap mereka rasai dengan tiga orang cahaya mata dua teruna dan seorang dara. 

          Setiap malam  Aziz selalu mengajar anak-anak mengaji al-quran setelah sudah solat isyak. Manakala si ibu, Aisyah sibuk mengemas di dapur sambil mengangkat sedikit hidangan buat suami dan anak – anak. Suasana di ruang tamu sebuah teratap indah semakin keriangan dengan suara anak – anak yang sedang asyik berbual dengan ayah dan ibu mereka.

Si anak berkata : “ Ayah, along rasa seronok sangat bila dapat mengaji dan belajar al –quran”
“ Angah pun sama ayah, esok kita mengaji lagi kan ayah ?” ujar Angah.
“Alhamdulillah,bagus anak-anak ayah. Baiklah, Along,Angah,adik esok kita belajar mengaji lagi.” Jawab si ayah.

            Wajah Aziz berseri bila mendengar kata anak-anak mereka. Adik mengukir senyum lebar kearah ibunya Aisyah. Malam makin berlalu anak-anak Aziz dan Aisyah mula melabuhkan mata mereka di kamar kecil mereka. Aziz dan Aisyah turut sama berehat dan memelapkan mata setelah penat sehari bekerja.

***********************************************************************************
Malam berlalu pergi.... kedengaran kicauan burung dan mentari pagi yang menyinari indah desa permai. Bermulalah pahit manis kehidupan Aziz dan keluarga di teratap sepi mereka. Hari memakan hari membuatkan hidup Aziz dan aisyah serta anak – anak semakin terasa kesempitan hidup mereka. Dengan pendapatan yang tidak seberapa sebagai seorang tukang kayu, Aziz dan Aisyah mulai gelisah dengan duri masalah. Aziz tetap kelihatan tenang dengan wajah setenang lautan.
          Sementara itu, di sudut kecil nurani Aisyah membuak – buak dengan pekerjaan di sebuah kelab hiburan. Oleh anugerah kecantikannya, Aisyah mula di goda dengan nafsu untuk menjadi sebagai seorang pelayan. Begitu ringan bibir Aisyah dengan lidah tidak bertulang memberitahu Aziz tentang khabarnya itu.

Abang, Aisyah rasa hidup kita makin hari makin sukarlah abang!, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuba abang tengok anak – anak kita, tak macam anak – anak orang lain. Aisyah nak cari kerjalah abang. Sekurang - kurangnya, dapat juga bantu abangkata Aisyah dengan pujuk rayu.
Dengan lembut Aziz bertanya,”kerja apa yang kamu boleh buat Aisyah?
Nanti kawan Aisyah akan carikan kerja untuk Aisyah bangujar Aisyah.

Aziz termenung tanpa berkata apa – apa. Terbayang di hati Aziz dengan persaan yang tidak enak kerana Aziz tidak bersetuju dengan niat Aisyah untuk bekerja.

Abang tidak setuju Aisyah, biar abang saja yang bekerja, Aisyah uruskan    anak – anak dirumah,itukan lebih bagus.” kata Aziz.

Dengan riaksi ketidakpuasan hati, Aisyah menarik muka dan berundur ke kamar.
Perasaan  Aziz terhadap isterinya Aisyah dalam keinginan mencari kerja membuatkan Aziz tidak disenangi. Masa berlalu dengan begitu pantas seperti sungai yang mengalir tanpa menghiraukan batu – batuan yang menghalang. Beberapa bulan sudah berlalu. Aisyah sudah pun mula bekerja tanpa pengetahuan Aziz. Dengan keghairahan bekerja sebagai pelayan di kelab malam, Aisyah turut lupa diri dan  terjebak dengan lembah kejahilan.

********************************************************************************************

          Begitu tajam pemikiran Aisyah, lantas tindakan Aisyah dengan pulang awal dari tempat kerja membuatkan anak – anak dan suaminya Aziz tidak tahu yang Aisyah sudah mula bergerak liar di kelab malam itu. Sementara itu, dengan kehadiran seorang lelaki yang agak “stylo” di kelab malam tersebut, telah membuatkan Aisyah tergoda dan tidak kurang hebatnya juga lelaki itu yang dikenali sebagai Syam seorang “play boy” mula mengatur langkah untuk mendapatkan Aisyah yang cantik menawan. Tanpa disedari Aisyah mula menggoda Syam dan mereka saling mencintai. Aisyah sudah mula melupakan pangkatnya seorang ibu dan sudah mempunyai tiga orang anak.
           Setiap detik berlalu, pelbagai resah gelisah bermain di fikiran Aziz terhadap isterinya Aisyah. Satu ketika, Aisyah tiada di rumah setelah Aziz dan anak – anak pulang. Dengan suasana rumahnya yang tidak terurus,malah makanan tengahari yang selalu disediakan untuknya dan anak – anak tidak  disediakan. Hal ini, menambahkan lagi syak wasangka Aziz terhadap isterinya. Oleh kerana keghairahan bekerja dan dibuai bibik – bibik cinta, dengan tidak sedar akan perbuatannya Aisyah pulang lewat dan hari sudah pun lewat malam.
           Disebalik itu, keadaan di rumah tidak tentu arah. Anak – anak merungut kepada Aziz sambil berlinangan air mata yang mengalir dipipi kerana kelaparan.

Ayah along lapar lah ayah mengadu si anak.
sabar ya along nanti ibu balik masak,lepas tu kita makan sama – sama ya along ujar Aziz.

Angah dan adik terbaring rebah di lantai tertidur kerana lapar. Dengan hati yang serba tidak kena, Aziz sebak melihat anak – anaknya yang dalam kelaparan dan Aziz menyesal oleh kerana Aziz beranggapan dirinya tidak berguna akibat tidak pandai  memasak. Malam semakin mendatng, bayang Aisyah masih lagi tidak kelihatan. Sebagai seorang suami yang misali, Aziz menunggu Aisyah di hujung tangga kayu tua di terataknya. Tertanya – tanya di hati Aziz kemana isterinya. Aziz mula teringat akan kata – kata Yusof kawan baiknya dan merupakan seorang tauke warung yang mengatakan pernah terserempak dengan Aisyah yang sedang bekerja di sebuah kelab malam di pekan. Aziz masih kebingungan adakah itu benar atau salah? Terus termenung...
           Oleh kerana terlalu penat menunggu isterinya, Aziz mula tersengguk – sengguk di muka tangga. Tiba – tiba kedengaran sayup – sayup bunyi enjen kereta di telinga Aziz. Aziz mula terbangun dan melihat kereta itu berhenti dihadapan terataknya. Tercegak aziz melihat kearah kereta tadi. Dengan suasana yang dingin, keluarlah seorang wanita dari kereta itu dan Aziz terkejut melihat wanita itu.............

JOM TENGOK

JOM TENGOK
Kenangan terindah...