Tuesday, April 12, 2011

Minggu 4 Puisi Tradisional ( Syair Dan Lagu Rakyat ) Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain





Jom Dengar Syair.


SYAIR NASIHAT
Syair Kelebihan Ilmu:Ilmu Itu Bekalan Hidup

Berkata ilmu akulah sultan



Kerajaan aku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan


Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati



Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati


Harganya tidak dapat ternilaikan



Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya bersukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan


Jasa seorang ialah taulan



Teman berbeka suluh berjalan
Jasa berhimpun ialah pengenalan
Hiasan penyata polan si polan


Bagi yang duka ia perghibur



Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kandil di dalam kubur
Lamun dengannya beramal subur


Ialah penarang ke jalan syurga



Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai ialah telaga
Laut yang luas ialah juga


Ialah alat sangat berguna



Idaman orang yang bijaksana
Hampirnya luas pandang sejuta
Tepinya ajal sempadan fana


Syair ini dituturkan oleh Haji Abdul Rahim Shafie kepada  wahyunan Haji Abd.Gani dan Mohamad Shaidan ini mengutarakan tema ilmu sebagai hidup. Dalam syair ini diceritakan tentang peranan ilmu sebagai pedoman hidup, harga ilmu yang tidak ternilai, ilmu sebagai panduan hidup, ilmu menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat serta kuasa ilmu yang tidak dapat disekat.

Dalam syair kelebihan ilmu sebagai bekalan hidup ini, falsafah yang ingin diutarakan oleh penyair adalah mengenai kepentingan ilmu sebagai bekalan hidup. Dalam rangkap pertama syair ini,penyair ada menyebut tentang peranan ilmu yang sangat penting kerana ilmu pengetahuan yang luas membolehkan seseorang menguasai dunia dan tanpa ilmu seseorang mudah untuk menjadi jahil dan sesat. Ilmu dikatakan sangat berharga kerana ilmu yang digunakan sebaik mungkin akan mendatangkan kebaikan sehingga ke akhir hayat.Ilmu juga dikatakan tidak ternilai harganya dan tidak dapat disamakan dengan benda lain di dunia ini. Seseorang yang mempunyai ilmu mampu untuk menerokai dunia kerana kuasa ilmu itu tidak dapat disekat.
Dalam syair ini,penyair menyatakan peranan ilmu sebagai penyuluh hidup. Martabat seseorang individu akan meningkat dalam masyarakat dengan adanya ilmu pengetahuan dalam diri. Ilmu pengetahuan mampu menjadi penghibur kepada hati yang. Hal ini dijelaskan oleh penyair dalam rangkap kelima syair. Selain itu, dalam syair ini ilmu duka dan menjelaskan keadaan di akhirat. Ilmu juga boleh dijadikan pelindung diri diutarakan sebagai suatu yang penting untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat serta ilmu mempunyai kegunaan yang sangat luas. Dalam rangkap terakhir, penyair ada menyebut tentang kegunaan ilmu pengetahuan yang sangat penting dan boleh menjadi cita-cita bagi orang yang bijak. Dalam rangkap ini juga, penyair menerangkan tentang cabang ilmu yang sangat luas dan menyeru masyarakat supaya menuntut ilmu hingga ke akhir. Keseluruhan syair ini membincangkan tentang kepentingan dan kelebihan ilmu sebagai bekalan hidup.
Ilmu pengetahuan seringkali dikaitkan dengan bidang
pendidikan. Ramai tokoh menggunakan dan mengaitkan ilmu dengan mengeluarkan pelbagai falsafah dan pandangan mereka. Dalam falsafah islam,ilmu dianggap sebagai suatu sumber yang kekal dan mapan sifatnya serta ilmu pengetahuan dikatakan mampu melahirkan insane yang baik [al-Attas,1991: vi dan 23]. Hal ini sesuai dengan syair nasihat iniyang mana penyair menekankan tentang ilmu iti suatu yang kekal dan tidak akan terpisah daripada manusia sehingga ke akhir hayat. Keadaan ini dapat dilihat dalam rangkap kedua syair nasihat ini. [Ilmu berfungsi sebagai himpunan prinsip, kepercayaan, konsep, andaian dan premis yang ada hubungan erat dengan amalan pendidikan yang ditentukan dalam bentuk yang lengkap melengkapi, bertalian dan selaras yang berfungsi sebagai teladan dan pembimbing [Hassan Langgulung,1991; 43-44]. Pandangan ini jelas mengaitkan ilmu pengetahuan dengan bidang falsafah iaitu falsafah pendidikan, Situasi ini yang ingin disampaikan oleh penyair dalam karyanya. Keadaan ini dapat dilihat dalam rangkap kedua syair nasihat ini, yang mana penyair menyatakan mengenai ilmu pengetahuan yang sukar dipisahkan daripada. Seseorang atau manusia sehingga ke akhir hayat dan ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan atau digunakan sebaik mungkin boleh mendatangkan kebaikan sehingga ke akhir hayat.
Dalam rangkap keempat syair ini pula, penyair menekankan fungsi ilmu sebagai penyuluh hidup yang boleh dikaitkan dengan falsafah pendidikan yang dikeluarkan oleh Hassan Langgulung. Falsafah sering dikatakan berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Defisi falsafah dari sudut bahasa sendiri yang membawa maksud cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksana memperlihatkan hubungan yang rapat antara ilmu pengetahuan dengan bidang falsafah. Malah falsafah itu sendiri dikatakan salah satu daripada cabang ilmu pengetahuan. Hal ini disokong oleh Immanuel Kent iaitu seorang ahli falsafah barat moden yang menganggap bidang falsafah sebagai ilmu yang menjadi pokok atau pangkal segala ilmu.


LAGU RAKYAT







Menghilir di Sungai Pahang




Singgah bermalam di Pasir Tambang (2x)




Tempat sejarah pahlawan terbilang




Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)




Menghilir di Sungai Pahang




Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)




Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau




Makam Di Raja abadi di sana (2x)





 Mari menghilir di Sungai Pahang 








Menghilir di Sungai Pahang





Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)




Lubuk Terua dalam ingatan




Bersimpang-siur tombak pahlawan (2x)




Menghilir di Sungai Pahang




Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)




Lagenda pahlawan Bukit Segumpal




Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang





Menghilir di Sungai Pahang








Kirilah kanan cantik menawan (2x)








Sampai ke Chini tasik misteri








Penuh riwayat cerita rakyat (2x)


















Menghilir di Sungai Pahang










Singgah di Pekan Bandar Di Raja (2x)








Janganlah lupa Pulau Tioman








Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)


Minggu 4 Puisi Tradisional ( Seloka ) Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain











SELOKA

M Nasir – Seloka Cak Kun Cak


Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu mashyur serata alam
Hidup mewah gagah sekali

Pahlawan kita nama terbilang
ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Gerak semangat kerana bangsa

Kelekaan jangan dikenang
Lautan duka kelak dikenang
Hampir tinggal sehelai benang
Bencana sengaja dipinang

Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang
Kekayaan hendang diregang
Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Disulami syair termashyur
Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

Minggu 4 Puisi Tradisional ( Pantun ) Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain

PANTUN MEMINANG
DULANG 1- DUIT HANTARAN DAN CINCIN
MAWAR MEWANGI BERIAN PUTERA ,
TANGAN TERCUCUK MAWAR BERDURI;
DUIT HANTARAN DIBAWA PUTERA,
CINCIN SEBENTUK PENGIKAT SERI.

DULANG 2- SIRIH JUNJUNG
SIRIH JUNJUNG SIRIH BERADAT,
DUDUK BERSILA DI ANJUNG TAMU;
SIRIH JUNJUNG MENJADI ADAT,
SAMBUT PULA TIKA BERTEMU.

DULANG 3- MANISAN
ASAM KANDIS BUAH BIDARA,
DIBELI DAYANG DI KUALA PEKAN;
SENYUMAN MANIS PENGUBAT LARA,
MANISAN SEDULANG TURUT BAWAKAN.

DULANG 4- BUAH- BUAHAN
SINGGAH BERKELAH DI PANTAI SINARAN,
PUTERI BERANGAN INGINKAN PULUT;
SEBAKUL BUAH MENJADI HANTARAN,
BUAT HIDANGAN PENCUCI MULUT.

DULANG 5- TELEKONG DAN SEJADAH
BAIK BUDI RAJA SEHARI,
HATI BERSERI TIADA GUNDAH;
TELEKONG MENJADI PENGHIAS DIRI,
SEJADAH DIBERI MENYEMBAH ALLAH.

DULANG 6- BAJU
HATI KIAN MULA TENANG,
TAK SABAR MENUNGGU MENANTI HARI;
SEPASANG SALINAN CANTIK DIPANDANG,
BUAT BERHIAS RAJA SEHARI.
DULANG 7- WANGIAN
SEMERBAK WANGI KEMBOJA DI TAMAN,
WANGI JUGA MAWAR SEBAKUL;
BAU NAN WANGI MENJADI IDAMAN,
WANGIAN SERAGA TURUT DIPIKUL.
DULANG LAPAN
TAMPAN NAN SEGAK INDRA MAHKOTA
TERPIKAT HATI PUTERI KAYANGAN
SEDULANG TEGAK DIBAWA DITAHTA
COKLAT SEKATI DARI PANGERAN

Kalau Nak Tahu Dondang Sayang Sama macam pantun...
Dondang Sayang 1
Dondang Sayang 2


Minggu 4 Puisi Tradisional ( Gurindam )Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain


Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama.
Antara gurindam yang mahsyur ialah ‘Gurindam 12 Raja Ali Haji’.
GURINDAM 12 RAJA ALI HAJI
Gurindam 12 – Fasal 1
barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
barang siapa mengenal yang empat maka yaitulah orang yang makrifat
barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri
barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat
Gurindam 12 – Fasal 2
barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut
barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang
barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa
barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat
barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji
Gurindam 12 – Fasal 3
apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita
apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping
apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah
bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan
apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi‘il yang tiada senonoh
anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat
hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi
Gurindam 12 – Fasal 4
hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh
apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah
mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir
pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala
jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka
bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah
barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar
barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor
di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi
pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih
Gurindam 12 – Fasal 5
jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa
jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia
jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia
jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu
jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal
jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Gurindam 12 – Fasal 6
cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat
cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
cahari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri
cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi
Gurindam 12 – Fasal 7
apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta
apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka
apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat
apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih
apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang
apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur
apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar
apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan
apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut
apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar
apabila pekerjaan yang amat benar
tiada boleh orang berbuat honar
Gurindam 12 – Fasal 8
barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya
kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya
lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya
daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar
orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa
kejahatan diri sembunyikan
kebajikan diri diamkan
keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka
Gurindam 12 – Fasal 9
tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan
kejahatan seorang perempuan tua
itulah iblis punya penggawa
kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja
kebanyakan orang yang muda-muda
di situlah syaitan tempat bergoda
perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan
adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat
jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru
Gurindam 12 – Fasal 10
dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka
dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat
dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai
dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa
dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil
Gurindam 12 – Fasal 11
hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa
hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela
hendak memegang amanat
buanglah khianat
hendak marah
dahulukan hujjah
hendak dimalui
jangan memalui
hendak ramai
murahkan perangai
Gurindam 12 – Fasal 12
raja mufakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri
betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja
hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat
kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu
hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai
ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta

Bagaimana gurindam yang dilagukan? Salah satu contoh cara lagu gurindam.

Minggu 4 Puisi Moden ( Sajak )Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain

SAJAK MERDEKA


DOA MERDEKA
Merdeka????
Aku mimpikan merdeka?
Aku mimpikan merdeka…
Dimana engkau??
Aku cari, aku inginkanmu..
Ya, semalam, seakan  aku pernah merdeka..
Tapi bila??
Mana merdeka??? Mana merdeka ???

Haa..
Suaramu melaungkan merdeka??
Anak kecil melaungkan merdeka??
Kamu semua mahu merdeka??
Mustahil..selagi kamu tidak bersatu,
Selagi setia tidak bermutu,
Merdeka bukan milikmu..
Buktikan..buktikan..

Nyah kau penjajah..
Berambus kau penjajah dari tanah air kami
Ayuh semua,
Kita tadahkan doa merdeka,
Buat nusa bangsa yang tercinta,
Demi sebuah Negara yang berdaulat raja,
Majulah Malaysiaku ke serata mayapada..

Disi akhirnya terbina,
Sebuah monument yang baru,
Dari tulang – temulang dan jasad berdebu,
Menjelma sebuah tugu,
Dengan semangat yang seru,
Dengan beranian yang satu.

Ku tulis sajak ini untuk mu teman, wahai generasi muda, pahlawan nusa bangsa,
Jagalah dari lenamu,
Bangkitlah dari tidur mu,
Hamparkan mindamu dengan satu iltizam,
Tebarkan akalmu dengan satu iktikad,kukuhkan niatmu perjuangkan kemerdekaan,
Kerana engkau,
Kerana engkaulah darah muda yang mengalir,
Bakal menerajui Negara,
Menggegar seluruh Negara,
Menggongcang seantero dunia.



Ayuh..semua,
‘Ayuh putih anakku’ ‘Ya Bapak”
“Ayuh Lindan “ ‘Ayuh Dewi “ “Ya Tuan”
Meri kita buktikan pada mereka
Ya pada mereka, ya pada mereka, ayuh buktikan

Kita  mampu mengecap kebebasan,
Kita juga mampu merdeka,
Kita juga mampu kekalkannya

Kerana apa?
Kerana kita Satu Malaysia
Jadikan ia senjata utama..

3 PISMP BM / PJ/ PSV

JOM TENGOK

JOM TENGOK
Kenangan terindah...