BACALAH TEMAN!!!
"PENGORBANAN YANG TAK TERBALAS"
PENGARANG : MOHD RIEZMAN BIN RAMLI
PISMP BM/PJ/PSV
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
Mega senja mula berarak pergi, hadirnya sinar bulan menyinari kegelapan malam, dibuai dingin angin syahdu yang membawa hawa sejuk mendamaikan perasaan. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun sisa – sisa kehidupan desa masih terasa. Dari jauh kedengaran sayup-sayup suara memuji Ilahi. Sesekali diselang - selikan dengan kemerduan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Sungguh agung kebesaran Ilahi.
Di hujung sudut sebuah teratap, seorang lelaki bersila sopan dengan mengadap qiblat. Kedua matanya memandang ke arah al-quran. Bibirnya bergetar selesai sahaja melantunkan ayat-ayat al-quran. Hati dan jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Dia dikenali sebagai Aziz seorang tukang rumah. Sementara itu, kelihatan seorang perempuan yang cantik dengan kulitnya putih kemerah-merahan sedang sibuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada Aziz. Namanya Aisyah seorang suri rumah, dan amat terkenal dengan penampilan serta kecantikannya. Mereka hidup dengan bahagia di bawah sebuah teratap dalam kehidupan serba kekurangan. Tetapi kebahagiaan tetap mereka rasai dengan tiga orang cahaya mata dua teruna dan seorang dara.
Setiap malam Aziz selalu mengajar anak-anak mengaji al-quran setelah sudah solat isyak. Manakala si ibu, Aisyah sibuk mengemas di dapur sambil mengangkat sedikit hidangan buat suami dan anak – anak. Suasana di ruang tamu sebuah teratap indah semakin keriangan dengan suara anak – anak yang sedang asyik berbual dengan ayah dan ibu mereka.
Si anak berkata : “ Ayah, along rasa seronok sangat bila dapat mengaji dan belajar al –quran”
“ Angah pun sama ayah, esok kita mengaji lagi kan ayah ?” ujar Angah.
“Alhamdulillah,bagus anak-anak ayah. Baiklah, Along,Angah,adik esok kita belajar mengaji lagi.” Jawab si ayah.
Wajah Aziz berseri bila mendengar kata anak-anak mereka. Adik mengukir senyum lebar kearah ibunya Aisyah. Malam makin berlalu anak-anak Aziz dan Aisyah mula melabuhkan mata mereka di kamar kecil mereka. Aziz dan Aisyah turut sama berehat dan memelapkan mata setelah penat sehari bekerja.
***********************************************************************************
Malam berlalu pergi.... kedengaran kicauan burung dan mentari pagi yang menyinari indah desa permai. Bermulalah pahit manis kehidupan Aziz dan keluarga di teratap sepi mereka. Hari memakan hari membuatkan hidup Aziz dan aisyah serta anak – anak semakin terasa kesempitan hidup mereka. Dengan pendapatan yang tidak seberapa sebagai seorang tukang kayu, Aziz dan Aisyah mulai gelisah dengan duri masalah. Aziz tetap kelihatan tenang dengan wajah setenang lautan.
Sementara itu, di sudut kecil nurani Aisyah membuak – buak dengan pekerjaan di sebuah kelab hiburan. Oleh anugerah kecantikannya, Aisyah mula di goda dengan nafsu untuk menjadi sebagai seorang pelayan. Begitu ringan bibir Aisyah dengan lidah tidak bertulang memberitahu Aziz tentang khabarnya itu.
“ Abang, Aisyah rasa hidup kita makin hari makin sukarlah abang!, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuba abang tengok anak – anak kita, tak macam anak – anak orang lain. Aisyah nak cari kerjalah abang. Sekurang - kurangnya, dapat juga bantu abang” kata Aisyah dengan pujuk rayu.
Dengan lembut Aziz bertanya,”kerja apa yang kamu boleh buat Aisyah?
“Nanti kawan Aisyah akan carikan kerja untuk Aisyah bang” ujar Aisyah.
Aziz termenung tanpa berkata apa – apa. Terbayang di hati Aziz dengan persaan yang tidak enak kerana Aziz tidak bersetuju dengan niat Aisyah untuk bekerja.
“ Abang tidak setuju Aisyah, biar abang saja yang bekerja, Aisyah uruskan anak – anak dirumah,itukan lebih bagus.” kata Aziz.
Dengan riaksi ketidakpuasan hati, Aisyah menarik muka dan berundur ke kamar.
Perasaan Aziz terhadap isterinya Aisyah dalam keinginan mencari kerja membuatkan Aziz tidak disenangi. Masa berlalu dengan begitu pantas seperti sungai yang mengalir tanpa menghiraukan batu – batuan yang menghalang. Beberapa bulan sudah berlalu. Aisyah sudah pun mula bekerja tanpa pengetahuan Aziz. Dengan keghairahan bekerja sebagai pelayan di kelab malam, Aisyah turut lupa diri dan terjebak dengan lembah kejahilan.
********************************************************************************************
Begitu tajam pemikiran Aisyah, lantas tindakan Aisyah dengan pulang awal dari tempat kerja membuatkan anak – anak dan suaminya Aziz tidak tahu yang Aisyah sudah mula bergerak liar di kelab malam itu. Sementara itu, dengan kehadiran seorang lelaki yang agak “stylo” di kelab malam tersebut, telah membuatkan Aisyah tergoda dan tidak kurang hebatnya juga lelaki itu yang dikenali sebagai Syam seorang “play boy” mula mengatur langkah untuk mendapatkan Aisyah yang cantik menawan. Tanpa disedari Aisyah mula menggoda Syam dan mereka saling mencintai. Aisyah sudah mula melupakan pangkatnya seorang ibu dan sudah mempunyai tiga orang anak.
Setiap detik berlalu, pelbagai resah gelisah bermain di fikiran Aziz terhadap isterinya Aisyah. Satu ketika, Aisyah tiada di rumah setelah Aziz dan anak – anak pulang. Dengan suasana rumahnya yang tidak terurus,malah makanan tengahari yang selalu disediakan untuknya dan anak – anak tidak disediakan. Hal ini, menambahkan lagi syak wasangka Aziz terhadap isterinya. Oleh kerana keghairahan bekerja dan dibuai bibik – bibik cinta, dengan tidak sedar akan perbuatannya Aisyah pulang lewat dan hari sudah pun lewat malam.
Disebalik itu, keadaan di rumah tidak tentu arah. Anak – anak merungut kepada Aziz sambil berlinangan air mata yang mengalir dipipi kerana kelaparan.
“Ayah along lapar lah ayah” mengadu si anak.
“ sabar ya along nanti ibu balik masak,lepas tu kita makan sama – sama ya along” ujar Aziz.
Angah dan adik terbaring rebah di lantai tertidur kerana lapar. Dengan hati yang serba tidak kena, Aziz sebak melihat anak – anaknya yang dalam kelaparan dan Aziz menyesal oleh kerana Aziz beranggapan dirinya tidak berguna akibat tidak pandai memasak. Malam semakin mendatng, bayang Aisyah masih lagi tidak kelihatan. Sebagai seorang suami yang misali, Aziz menunggu Aisyah di hujung tangga kayu tua di terataknya. Tertanya – tanya di hati Aziz kemana isterinya. Aziz mula teringat akan kata – kata Yusof kawan baiknya dan merupakan seorang tauke warung yang mengatakan pernah terserempak dengan Aisyah yang sedang bekerja di sebuah kelab malam di pekan. Aziz masih kebingungan adakah itu benar atau salah? Terus termenung...
Oleh kerana terlalu penat menunggu isterinya, Aziz mula tersengguk – sengguk di muka tangga. Tiba – tiba kedengaran sayup – sayup bunyi enjen kereta di telinga Aziz. Aziz mula terbangun dan melihat kereta itu berhenti dihadapan terataknya. Tercegak aziz melihat kearah kereta tadi. Dengan suasana yang dingin, keluarlah seorang wanita dari kereta itu dan Aziz terkejut melihat wanita itu Aisyah isterinya. Dengan rasa marah di hati si suami, Aziz turun dan bertanya kepada Aisyah.
“kemana kamu pergi Aisyah?”
Dengan mulut yang berbau alkohol dan tidak bertudung, Aisyah menjawab dengan nada yang kasar,” aku pergi kerja kenapa? Kau nak halang aku kerja?kau siapa?”
Aziz terkejut dengan sikap Aisyah yang jauh berubah.
Mula si suami bertanya,” kau kerja apa?aku ni suami kau, aku berhak tahu semua tentang kau, sebab kau isteri aku, kau mengerti?”
Kata Aziz.
Aisyah ketawa dan bekata,” aku jadi pelayan di kelab malam dan akulah yang paling cantik. Aku dah bosan hidup merempat dengan kau. Aku nak jadi kaya. Aku bukan milik kau la Aziz,kau nampak siapa dalam kereta tu, aku ni dia yang punya.hahahahahaha..” Aisyah berkata dalam khayal.
Aziz terasa dirinya semakin tercabar, dan begitu ringan tangan Aziz terus hinggap di pipi Aisyah.
Aziz berkata, “ambik kau,rasakan penampar aku ni, dasar isteri tak guna.”
Keadaan semakin tegang dan begitu bising sehingga anak – anak yang sedang lena tidur terbangun. Anak – anak terus menuju ke luar rumah dan melihat ibu mereka yang bertikam lidah dengan ayahnya. Kerana mereka masih mentah dan tidak mengetahui apa yang sedang berlaku, anak – anak menangis dan memanggil ibu dan ayah mereka. Begitu tersentuh dan amat memilukan melihat anak – anak yang sedang sebak menangis.
Tanpa berkata apa – apa Aisyah terus berpatah balik dan terus masuk ke dalam kereta lantas mengajak Syam pergi dari rumahnya. Aziz kebingungan dan kaku melihat isterinya berkelakuan sebegitu serta lari mengikut lelaki lain. Anak – anak memanggil ibu mereka dengan kuat sehingga anak – anaknya terjatuh mengejar kereta yang dinaiki ibunya dari belakang. Malah, Aisyah begitu kejam dan berhati batu kerana langsung tidak menyahut panggilan dan menoleh anak – anaknya. Anak – anak menangis dan Aziz menuju kearah anak – anak sambil mendakap mereka dan berkata..
“Along, angah, adik jangan menangis, ayah ada dan ayah tak akan tinggalkan kalian.”
Dengan sebak Aziz berkata sedemikian dan suara tangisan anak – anak mulai reda. Masuklah si ayah dan anak – anak ke dalam teratak usang mereka. Aisyah mengikut Syam pergi dan langsung tidak kedengaran berita tentang Aisyah. Aziz tabah dan begitu sabar dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Aziz kelihatan tenang walaupun hatinya amat terluka. Aziz bertekat akan membesarkan anak – anaknya sehingga berjaya walaupun tanpa seorang isteri yang tercinta.
********************************************************************************************
Hari demi hari kehidupan Aziz dan anak – anak dalam kesempitan. Walaubagaimana pun, Aziz seorang tabah dan berpegang pada janji, Aziz gigih bekerja mencari pendapatan untuk menampung pembiayaan sekolah anak – anak. Sehinggakan Aziz terpaksa membahagikan masa bekerjanya dengan teratur agak kebajikan anak – anaknya terjamin. “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tidak terhingga.” Setiap hari Aziz dan anak – anak terpaksa makan nasi dan ikan panggang. Ada kalanya Aziz tidak makan kerana dahulukan anak – anaknya. Tanpa bantuan sesiapa Aziz bekorban apa sahaja demi membesarkan anak – anak. Walaupun hidup dalam kesusahan kewajipan seorang islam tidak pernah Aziz abaikan.
Aziz sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T agar hidup mereka bahagia walaupun serba kekurangan. Setiap malam selepas solak isyak, Aziz seperti biasa mengajar anak – anaknya mengaji Al - Quran dan turut membantu anak – anak menyiapkan kerja sekolah. Begitulah kehidupan seharian Aziz dan anak – anak setelah ketiadaan Aisyah. Anak – anak pernah berkata kepada Aziz..
“ ayah, bila along besar nanti along nak jadi orang yang berguna dan nak kerja elok – elok.” Kata along.
Angah menyamput, “ayah, angah pun sama, angah nak belajar pandai – pandai dan bila angah besar nanti angah nak ayah tinggal dengan angah.”
Adik sambil termenung dan turut berbicara “adik nak masuk universiti”
“kalau macam itu, kamu semua harus belajar sungguh – sungguh, seperti kata pepatah dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.” Ujar Aziz terhadap anak – anak.
Tajam pemikiran adik kerana adanya keinginan untuk masuk universiti. Aziz tersentuh dengan bicara anak – anaknya. Jauh di sudut hati Aziz mengharap agar impian dan harapan anak – anaknya tercapai. Doa daripada Aziz untuk anak – anaknya sentiasa dihati. Aziz tidak tidak mahu masa depan anak – anaknya musnah walaupun dia sendiri yang terpaksa menghadapi liku – liku kehidupan demi anak – anak.
********************************************************************************************
Hampir dua dekat telah berlalu,teratap Aziz yang selalunya riuh – rendah dengan karenah anak – anak menjadi sepi. Aziz keseorangan di teratapnya yang rindukan kepulangan anak – anak. Setelah anak – anaknya meningkat dewasa kehidupan Aziz hanya berulang – alik ke masjid. Oleh kerana, Aziz sentiasa ingat dan sedar akan umurnya yang semakin lanjut. Hal – hal keduniaan tidak lagi Aziz hiraukan. Kadang – kadang Aziz mengatur langkah ke rumah rakannya Yusof untuk menghilangkan rasa bosannya di rumah. Yusof juga merupakan seorang sahabat Aziz yang sangat baik dan prihatin terhadap kehidupan Aziz yang selalu keseorangan. Apa jua masalah yang selalu Aziz lalui diluahkan kepada sahabat baiknya Yusof.
“ Yusof, aku selalu susahkan kau, aku malu sangat dengan kau yusof” kata Aziz dengan lemah berbicara.
“kenapa kau cakap macam tu Aziz,kitakan kawan baik, selama ini, waktu muda – muda dulu kau juga yang selalu bantu aku, jadi ini lah waktunya aku berbudi terhadap kau” jawab Yusof dengan yakin.
“terima kasih Yusof” ujar Aziz lagi.
Sementara itu, dengan suasana yang hirup pikuk di bandar, kelihatan seorang pemuda tampan yang sibuk bekerja sebagai pegawai bank. Itulah along anak sulong Aziz yang semakin ghirah mengejar kekayaan. Ada perkara yang amat menyedihkan, along tidak lagi mengingati ayahnya Aziz dikampung. Along juga telah menganggap Aziz sudah tiada. Begitu mudah seorang anak yang derhaka melupakan jasa dan pengorbanan ayah sendiri. “bagaikan kacang lupakan kulit”.
Dalam masa yang sama, terbayang wajah seorang anak muda yang pantas dan bijak dalam perniagaan. Angah juga telah berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yang termasyur. Oleh kerana selalu dikelilingi ramai pelanggan, Angah turut tidak merindui dan mengingati Aziz. Sedangkan, Aziz di kampung selalu rindukan kepulangan anak – anaknya.
Malah, adik, anak bongsu Aziz turut berjangkit dengan penyakit lupa diri kerana kecantikan dirinya yang sama seperti ibunya membuatkan adik berubah. Adik yang dikenali sebagai Pinky yang selalu disangjung dan menjadi kegilaan ramai jejaka di kampusnya.
********************************************************************************************
Dikedinginan malam yang syahdu, Aziz teringat akan nostalgia yang lalu, hadir tanpa diundang puas diusir tetapi kenangan itu tetap menghantui Aziz terhadap anak – anaknya. Seperti biasa, selepas solat isyak Aziz mengalunkan ayat – ayat suci Al – Quran dan sambil menangis disebabkan teringat akan kenangan mengaji Al – Quran bersama anak – anak dan isterinya. Oleh kerana kemiskinannya dan tiada kemudahan telefon, ia membuatkan Aziz lebih sukar untuk bertanya khabar anak – anakya. Malah, sekiranya Aziz dapat menelefon anaknya dengan bantuan Yusof, panggilan Aziz tidak dijawab. Begitu tersinggung hati seorang ayah kerana kelakuan anak sendiri. Tapi sebaliknya, Aziz tetap berfikiran positif terhadap anak – anaknya sekiranya panggilannya tidak terjawab, Aziz beranggapan anaknya sedang sibuk dengan kerja. Aziz memang kuat beramal ibadat dan Aziz sentiasa sabar terhadap apa yang dialaminya dan tetap mengigati serta menyayangi anak – anaknya.
Lantas hari demi hari Aziz makin terasa kehilangan anak – anaknya. Kehidupannya yang selalu keseorangan dan hanya bertemankan teratap usang. Selama ini Aziz bersabar tetapi kali ini Aziz mula tersinggung dengan sikap anak – anaknya terhadap dirinya hanya seorang lelaki tua. Makin hari, hidupnya makin tidak menentu. Oleh kerana adanya seorang rakan baik seperti Yusof, hidup Aziz dibantu oleh yusof.
Suatu ketika, Aziz sedang berjalan baru sahaja pulang solat isyak di masjid dalam kampungnya. Dalam perjalanan pulang tiba – tiba hujan turun dengan lebatnya. Malah dengan kehadiran angin kencang hati Aziz mula rasa tidak tenang. Bibir Aziz bergerak – gerak memohon perlindungan daripada ALLAH semoga dirinya selamat. Setiba Aziz melalui di bawah sepohon pokok besar, angin bertiup kencang dengan hujan lebat, lantas bunyi serpihan dahan pokok besar yang patah, dan terus Aziz terjatuh pengsan akibat dihempap dahan pokok itu.
ALLAH selalu menolong orang yang taat pada perintahnya, Aziz masih berada dibawah dahan yang patah tadi. Tiba – tiba, hati Yusof berdegup kencang. Yusof gelisah dan buntu kenapa hatinya sedemikian. Tanpa berlengah Yusof terus mengatur langkah untuk pulang. Semasa perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat, Yusof terkejut melihat ada pokok patah dihadapannya. Yusof cuba melalui jalan lain, tapi dengan kuasa yang maha Esa, tergerak hati Yusof untuk mengalihkan dahan itu ke tepi. Yusof terkejut besar kerana melihat sahabatnya Aziz pengsan dibawah dahan yang patah itu, Yusof berbicara sendirian.
“ALLAHU AKHBAR, Aziz , kenapa boleh jadi macam ni, Aziz bangun Aziz, bangun,kau mesti kuat Aziz,aku yakin kau seorang yang kuat ” kata Yusof sambil sebak melihat keadaan Aziz.
Ketika Yusof mengangkat Aziz, aliran darah mula mengalir dari kepala Aziz, Yusof mula menggelabah melihat keadaan Aziz. Tapi ALLAH maha kuasa, luka di kepala Aziz tidak begitu serius. Aziz dirawat oleh yusof, tetapi semenjak kecelakaan yang telah berlaku kepadanya, Aziz terus menyusur sakit. Hal ini berkemungkinan Aziz rindukan isteri dan anak – anaknya.
********************************************************************************************
Dalam keadaan bandar yang begitu sesak ketika waktu maghrib, along sedang memandu kereta untuk pulang kerumahnya. Tiba – tiba along teringatkan ayahnya di kampung. Perasaan tidak enak along semakin menjadi – jadi. Tiba – tiba along terkaku dan tidak dapt mengawal kenderaannya lalu along terbabas dan terlanggar benteng penghadang jalan. Along cedera dan orang ramai menolong terus along dibawa ke hospital. Angah dapat tahu berita tentang along melalui kawan – kawannya. Dengan serta - merta angah menjenguk along di hospital. Angah juga dalam keadaan tidak senang akibat angah muflis dalam perniagaannya kerana ditipu. Hati anak – anak mula gelisah dan masing – masing mula teringatkan ayahnya dikampung. Tiba – tiba telefon berbunyi. Angah mengangkat telefonnya. Kedengaran suara adik yang menangis.
“hello adik, kenapa adik “ tanya angah.
Adik dengan sedik dan begitu kecewa menjawab “angan, dibuang kampus “jawab adik.
Angah bertanya lagi. “dibuang daripada kampus?” Angah terkejut dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.
Adik menjelaskan kepada angah yang sebenarnya “ adik gagal dalam peperiksaan dan adik tidak boleh meneruskan pengajian lagi” kata adik dengan sedih.
Begitulah keadaan anak – anak Aziz yang masing – masing dalam genggaman masalah. Mungkin juga ini adalah ujian Tuhan kepada anak – anak yang menderhaka kepada ayahnya.
Dalam masa yang sama anak – anak Aziz teringat akan keadaan Aziz di kampung. Mereka masing – masing menyesal terhadap perbuatan mereka terhadap ayahnya. Lantas membuat keputusan untuk pulang mencari ayahnya di kampung.
Keadaan Aziz semakin hari semakin tenat, Aziz tidak dapat berjalan dan hanya mampu berkata – kata sahaja. Dalam keadaan Aziz yang begitu tenat Aziz dijaga oleh Yusof. Tambahan pula Yusof hanya tinggal seorang di rumahnya. Ketika Yusof sedang menyapu air ke badan Aziz, Aziz meminta Yusof agar tidak memberitahu keadaanya kepada anak – anak. Aziz masih tidak mahu menyusahkan anak – anaknya.
“ Yusof, aku harap kau jangan bagitahu kepada anak – anak aku tentang keadaan aku sekarang. Nanti menyusahkan anak – anak aku saja”. Kata Aziz.
Yusof menjawab “ kenapa Aziz, biarlah mereka tahu bagaiman keadaan kau, mereka itu anak – anak kau dan mereka mesti ambil tahu tentang keadaan kau. Biar mereka sedar dimana silap mereka”
Aziz terdiam.. jauh disudut hati Aziz ada juga cahaya kekecewaan yang
terpancar dalam hati Aziz akibat perbuatan isteri dan anak – anak.
********************************************************************************************
Waktu itu, anak – anak Aziz dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mencari Aziz. Yusof menelefon anak – anak Aziz dan memberitahu tentang keadaan Aziz yang tenat dan memberitahu Aziz ada dirumahnya. Anak – anak Aziz berasa amat bersalah dan insaf atas perbuatannya keatas seorang ayah yang sanggup bekorban harta dan nyawa untuk membesarkan mereka sejak kecil.
Senja mula melabuh tirai, sedang Yusof menyapu halaman rumah tiba – tiba Yusof terdengar suara Aziz yang seperti dalam keadaan sakit. Tanpa berlengah Yusof naik ke rumah dan melihat Aziz semakin tenat, dibibir Aziz selalu kedengaran memanggil anak – anak dan isterinya sambil berselang – selikan sebutan ALLAH. Yusof risau kerana anak – anak Aziz tidak sampai lagi. Aziz kelihatan semakin nazak,
Tiba – tiba kedengaran bunyi kereta dihadapan rumah, anak – anak Aziz sudah sampai. Terus Yusof kemuka pintu dan memanggil anak –anak Aziz agar cepat bertemu dengan Ayahnya. Aziz mengatakan ayah kamu semakin nazak. Tanpa berlengah anak – anak Aziz berlari naik kerumah dan menuju terus kearah Aziz dan masing – masing memeluk ayahnya sambil memohon maaf dengan ayah. Aziz tidak berkata dan hanya menyebut nama ALLAH, ALLAH, ALLAH memangjang. Anak – anak Aziz menangis melihat keadaan ayahnya yang tenat kerana sudah lama menderita akibat perbuatannya.
“ayah, ayah, ayah, anak – anak ayah dah pulang ayah, ayah ampunkan kami ayah, ampunkan dosa – dosa kami terhadap ayah selama ini, Kami anak – anak dehaka ayah. Ampunkanlah kami ayah” kata anak – anak Aziz sambil menangis.
Dalam masa yang sama kedengaran suara seorang wanita memberi salam. Yusof menjenguk dan terkejut melihat Aisyah isteri Aziz kembali mencari suaminya. Aisyah menangis dan memanggil suaminya Aziz. Aisyah yang telah sedar akan kesalahannya serta insaf dan mahu bersama dengan suaminya. Yusof agak sebak melihat keadaan Aisyah dan Yusof terus menyuruh Aisyah berjumpa dengan Aziz. Aisyah terkejut melihat ada orang sedang menangis di tepi sebuah katil. Aisyah bertanya kepada Yusof.
“siapa mereka Yusof? Dan kenapa mereka menangis? Siapa yang terbaring diatas katil itu?”
Yusof dengan sebak memeberitahu” itulah anak – anak kamu yang telah dewasa Aisyah dan lelaki diatas katil itu ialah suami kamu”
Aisyah terus memanggil anak – anak sambil menangis. Anak – anak Aisyah berpaling dan terkejut melihat wajah dan suara ibunya yang memanggil mereka. Begitu tersentuh hati Yusof melihat keadaan mereka. Aisyah memeluk anak – anak mereka dan memohon maaf atas segala yang telah berlaku.
Along berkata “kami semua telah lama maafkan ibu, kami sayangkan ibu,kami tak mahu lagi berpisah dengan ibu.”
Aisyah tersenyum sambil meratap.
Ujar Along lagi “ ibu, kita sepatutnya minta maaf pada ayah ibu, ayah kucup banyak menderita kerana perbuatan kita.”
Aisyah dan anak – anak memeluk suaminya sambil meminta maaf atas segala kesalahan mereka selama ini kepada Aziz.
Aisyah berkata “ abang maafkan Aisyah bang, Aisyah berdosa pada abang, Aisyah jahat bang, Aisyah jahat.”
Aisyah dan anak – anak menatap wajah Aziz yang kian pudar, bibir Aziz yang tercungap – cungap seakan – akan mahu bercakap. Aisyah dan anak – anaknya menangis sementara Yusof mengajarkan syahadah kepada Aziz.
“LAILAHAILLALLAH, LAILAHAILLALLAH, LAILAHAILLALLAH “
Suasana semakin suram, Aziz seolah – olah tidak berdaya lagi untuk membuka mata, tetapi kelihatan air mata kasih seorang suami terhadap isteri dan seorang ayah kepada anak – anak mengalir dipipi Aziz. Yusof tetap berada disisi Aziz dan terus mengajar Aziz supaya sentiasa ingat pada ALLAH. Si isteri dan anak – anak berada disis kiri dan kanan Aziz sambil memeluk Aziz. Tiba – tiba Aziz menarik nafas dengan panjang dan menghembus dengan perlahan – lahan. Kali kedua Aziz menarik nafas, badan Aziz terketar - ketar dan kali ketiga Aziz menarik nafas panjang dan menghembusnya buat kali terakhir. Aziz telah kembali ke Rahmatullah dengan wajahnya yang tenang. Air muka Aziz berseri – seri dan begitu tenang. Isteri dan anak – anak Aziz begitu sedih dengan kehilangan Aziz, mereka begitu insaf dan kecewa dengan sikap mereka sendiri. Tetapi, dengan pemergian Aziz mereka terima dan redha dengan takdir Tuhan kerana mereka yakin ALLAH lebih menyayangi Aziz. Walaubagaimana pun, isteri dan anak – anak Aziz sempat memohon maaf atas segala kesilapan mereka terhadap Aziz. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas Arwah Aziz.
Setelah pemergian suami dan ayah yang tercinta Aisyah dan anak – anak membina kehidupan baru setelah mereka banyak terleka selama ini. Yusof kawan Aziz telah pergi menunaikan haji dan sekali gus membuat upah haji untuk Arwah Aziz. Akhirnya, isteri dan anak – anak Aziz tetap bersama dan tidak berpisah lagi.
No comments:
Post a Comment