RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Cemerlang
Bil Murid : 30 orang
Tema : Pantun Teka - teki
Tarikh : 07 April 2011
Masa : 9.00pagi – 10.00pagi (1 jam)
Fokus utama
- 5.2 membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkataan dibaca.
- Aras 2 (1) membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
Fokus sampingan
- 8.1 membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
- Aras 1 (1) membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.
Hasil pembelajaran :Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Murid dapat membaca pantun dengan intonasi yang betul.
2. Murid dapat menjawab soalan pantun teka-teki secara lisan.
3. Murid dapat membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan secara bertulis.
Kemahiran bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem bahasa : Kosa kata : popular, bangsal dan bahaya
Ilmu : Bahaya melayu dan muzik
Nilai : Kerjasama dan keberanian.
Kemahiran Nilai Tambah (KBT)
Kemahiran Belajar : Menghubungkaitkan, mencirikan, menjana idea dan menilai
Kecerdasan Berfikir : Interpersonal, intrapersonal,verba – linguistik
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah pandai berpantun
Bahan Bantu Belajar : video, teks pantun, perkataan, komputer dan speaker
LANGKAH
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN &PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Guru menayangkan video mengenai pantun.
Soalan : apakah yang dilakukan oleh pelakon dalam video tersebut?
Jawapan : dondang sayang.
1. Murid diajukan soalan kepada murid mengenai situasi yang ditayangkan.
2. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran
KB
Menghubungkan dan mencirikan.
BCB: mendengar aktif
BBM: video pantun
Ilmu: seni dan muzik
Langkah 1
(10 minit) 1. Membaca pantun.
2. video
1. Murid melihat video rangsangan.
2. Murid diberi teks pantun teka – teki secara individu.
3. Murid diminta membaca teks pantun secara senyap.
4. Murid dipilih secara rawak untuk membaca teks pantun secara kuat dengan intonasi yang betul.
5. Guru membetulkan cara bacaan murid.
KB: membaca dan menyebut
BCB:
BB:
Ilmu: tatabahasa
Langkah 2
(15 minit) 1. Rakaman suara pantun
2. Baca pantun teka – teki dan jawab secara berkumpulan
3. Jawapan pantun :
- Melaka
- Kelantan
- Cina
- Sarawak 1. Murid bahagikan murid mengikut kumpulan.
2. Murid mendengar rakaman suara bacaan pantun teka – teki.
3. Setiap kumpulan diberikan satu pantun teka teki.
4. Murid diminta berbincang dalam kumpulan untuk menjawab pantun teka – teki tersebut.
5. Guru memantau dan mengawal kelas dengan baik.
6. Guru memberitahu kepada murid masa tamat dan memastikan murid dapat menyiapkan tugasan dengan baik.
7. Aktiviti kotak beracun dilaksanakan.
8. Wakil kumpulan akan membaca pantun dengan intonasi yang betul dan menjawab soalan di dalam pantun tersebut apabila muzik dihentikan dan kotak beracun berada dalam kumnpulan tersebut.
9. Aktiviti diulang beberapa kali KB: menghubungkaitkan
BCB: menajawab soalant
BBM: lembaran pantun
KP: intepersonal.
Nilai: kerjasama dan keberanian
Ilmu: seni dan bahasa melayu
Langkah 3
( 25 minit)
1. Membina ayat dengan perkataan yang telah disediakan.
Contoh perkataan dan makna :
1. Tohor - cetek
2. Keruh- kotor
3. Popular- terkenal
4. Bidai - kain
5. Bangsal - pondok
1. Guru mengedarkan kertas yang mempunyai perkataan dan maknanya.
2. Murid diminta membina 5 ayat berdasarkan perkataan yang telah diberikan secara individu.
3. Murid diberi masa untuk membina ayat dan guru mengawal disiplin murid.
4. Murid dipilih secara rawak untuk membaca ayat yang telah dibina.
5. Guru membetulkan ayat ayat yang telah dibina oleh murid.
6. Guru memberi peneguhan kepada murid.
KB: menghubungkaitkan
BCB: menulis
BBM: perkataan
KP: intepersonal.
Nilai: kerjasama dan keberanian
Ilmu: seni dan bahasa melayu
Penutup Kognitif
(5minit)
1. Membuat rumusan isi pelajaran.
-apakah yang kamu dapat pelajari pada hari ini?
Jawapan:
- Membaca pantun.
- Mencari makna perkataan
- Menjawab soalan pantun teka – teki
- Membina ayat
Penutup sosial
Guru memberi pujian dan motivasi. 1. Guru menyoal murid tentang perkara yang dipelajari.
2. Guru menyimpul pelajaran.
3. Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha mempelajari pantun dan membuat latihan membina ayat.
Saturday, April 16, 2011
RUMUSAN TUGASAN
RUMUSAN
Kesimpulannya, peristiwa yang saya fokuskan adalah mengenai tugasan yang diberikan oleh En Mohd Aris Bin Anis mengenai tugasan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Berpandukan Komputer yang telah diberikan. Melalui tugasan yang diberi saya mendapati bahawa tugasan ini amat penting malah bagi saya ia amat berguna kerana kelak saya akan menjadi seorang guru saya perlu mengaplikasikan pengetahuan saya sedia ada yang dipelajari di institut pendidikan guru ini. Malah, melalui tugasan ini saya dapat mempelajari dan menguasai serba sedikit tentang menghasilkan blog untuk subjek BMM3105. Oleh yang sedemikian saya perlu berusaha dan tidak harus sekadar berpeluk tubuh dengan mencari jalan untuk menghasilkan blog kerana saya tidak pernah mempunyai blog serta maklumat dan imput – imput yang perlu ada demi menyiapkan tugasan saya ini dengan sempurna.
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Berpandukan Komputer amat penting untuk dipelajari kerana melalui pembelajaran tajuk ini ia banyak memberi pengetahuan kepada kita apabila menjadi seorang guru kelak untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tugasan yang diberikan amat bermakna bagi saya kerana ia adalah satu tanggungjawab dan amanah kepada saya dalam kehidupan seorang guru pelatih amnya. Selain itu juga, dengan adanya tugasan seperti ini, saya perlu bekerja keras untuk menghasilkan tugasan ini dengan mempelajarinya daripada senior, rakan-rakan dan mempelajarinya melalui maklumat melalui internet. Selain itu, melalui tugasan ini, saya boleh mewujudkan satu proses pengajaran dengan baik dan tidak membosankan.
Tugasan ini amat sukar untuk dilaksanakan kerana ia mempunyai banyak aspek yang perlu saya pelajari seperti membuat blog, hiasan blog dan mengemaskini maklumat dalam blog. Di samping itu, melalui tugasan ini, banyak maklumat yang saya perolehi dan saya dapat mempelajari cara membuat blog. Dengan mempelajari ilmu ini, saya merasakan ia amat bermakna kerana setiap aspek tugasan yang saya lakukan ia memberi impak yang besar. Sehubungan dengan itu, saya dapat menambahkan lagi ilmu ICT dalam diri saya.
Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya turut saya perlu rajin membaca dan menilai bayak blog untuk mempelajari sesuatu yang baru.. Secara tidak langsung ia memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan lagi kognitif saya dalam memikirkan bagaimana untuk menghasilkan blog yang ringkas, padat dan menarik.
Dalam menghasilkan blog ini, ia merupakan satu pembelajaran yang amat mencabar kerana ia memerlukan daya berfikir yang kuat dan kesabaran serta kreatif. Ia begitu mencabar memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Dengan usaha yang tanpa jemu, saya dapat menyiapkan tugasan saya dan saya dapat mempelajari banyak ilmu dan kemahiran dalam subjek ini.
Persepsi diri saya keatas peristiwa, Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk menjalankan tugasan yang diberikan. Hal ini, kerana tugasan tersebut memerlukan pemikiran yang tinggi. Selain itu, saya sanngup berjaga malam untuk mencari nota tambahan dan memahami nota tersebut untuk menghasilkan tugasan yang diberikan.Di mana, setiap orang guru perlu memiliki sikap seperti bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, jujur dalam menjalankan tugas, tidak memilih kasih, memahami mereka, kreatif, menghargai dan sebagainya.
Kefahaman dan kesedaran baru saya ialah saya sedar akan tanggungjawab sebagai seorang guru. Hal ini, kerana setiap kali kita ke sekolah bukan hanya untuk mengajar sahaja tetapi adalah bertujuan untuk mendidik anak bangsa. Sehubungan dengan itu, saya harus memahami dan mengaplikasikan teknik pengajaran melalui blog dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak dengan betul agar saya dapat memeberi ilmu kepada anak murid dengan sebaik mungkin. Malah, saya juga perlu mencari ilmu pengatahuan yang tinggi agar lebih menjadi seorang guru yang cemerlang .
” Halangan dan cabaran bukan masalah untuk mencapai kejayaan”. Mendalamnya maksud pepatah diatas ialah sesungguhnya , dalam kesibukan saya mencari maklumat, saya juga terleka dengan tarikh yang perlu dihantar.
Oleh itu, saya selalu main-main dan tidak serius dalam melakukan kerja mahupun amanah terhadap kerja yang dilakukan, bersungguh-sungguh dalam melakukukan kerja, jangan tangguhkan kerja, hargai kebaikan yang telah diberikan dan jangan sekali-kali bersikap tidak menghomati orang yang lebih tua daripada kita. Terus saya terfikir, rupanya saya selalu leka dengan perkara ini semua. Jawapannya, ia bermula daripada sikap sendiri dan saya akan sentiasa berwaspada dan elakkan daripada masalah yang lebih besar berlaku. Selain itu, nasihat dan teguran mesti diambil ikhtibar serta bertanggungjawab dalam melakukan apa jua kerja yang diarahkan. ”fikir positif saya positf, kerja positif, hasil positif, cakap positif orang lain positif,” oleh itu, segalanya mesti positif. Oleh itu kemahiran berfikir memainkan peranan penting dalam melakukan apa jua pekerjaan.
Usaha penting bagi setiap perkara. Oleh itu, bagi mengatasi setiap kesilapan, pelbagai cara harus digunakan. Dengan ini, saya mesti pandai menjaga masa dengan baik berpandukan konsep kemahiran berfikir yang pernah saya pelajari pada sem dua. Selain itu, saya juga akan sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada saya selepas ini. Malah ,mengikut tajuk yang diberikan, saya akan berusaha untuk menjalankan tugasan yang diberikan iaitu mengenai blog ini. Oleh yang demikian, ini dapat menjadikan seorang guru bagi melayakkan dirinya bergelar guru yang berkualiti dan profesional dalam profesion perguruan dengan pengetahuan yang pelbagai khususnya dalam bidang bahasa. Guru berkualiti pemangkin pelajar cemerlang.
Wednesday, April 13, 2011
BMM3105 (Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer)
BACALAH TEMAN!!!
"PENGORBANAN YANG TAK TERBALAS"
PENGARANG : MOHD RIEZMAN BIN RAMLI
PISMP BM/PJ/PSV
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
Mega senja mula berarak pergi, hadirnya sinar bulan menyinari kegelapan malam, dibuai dingin angin syahdu yang membawa hawa sejuk mendamaikan perasaan. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun sisa – sisa kehidupan desa masih terasa. Dari jauh kedengaran sayup-sayup suara memuji Ilahi. Sesekali diselang - selikan dengan kemerduan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Sungguh agung kebesaran Ilahi.
Di hujung sudut sebuah teratap, seorang lelaki bersila sopan dengan mengadap qiblat. Kedua matanya memandang ke arah al-quran. Bibirnya bergetar selesai sahaja melantunkan ayat-ayat al-quran. Hati dan jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Dia dikenali sebagai Aziz seorang tukang rumah. Sementara itu, kelihatan seorang perempuan yang cantik dengan kulitnya putih kemerah-merahan sedang sibuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri kepada Aziz. Namanya Aisyah seorang suri rumah, dan amat terkenal dengan penampilan serta kecantikannya. Mereka hidup dengan bahagia di bawah sebuah teratap dalam kehidupan serba kekurangan. Tetapi kebahagiaan tetap mereka rasai dengan tiga orang cahaya mata dua teruna dan seorang dara.
Setiap malam Aziz selalu mengajar anak-anak mengaji al-quran setelah sudah solat isyak. Manakala si ibu, Aisyah sibuk mengemas di dapur sambil mengangkat sedikit hidangan buat suami dan anak – anak. Suasana di ruang tamu sebuah teratap indah semakin keriangan dengan suara anak – anak yang sedang asyik berbual dengan ayah dan ibu mereka.
Si anak berkata : “ Ayah, along rasa seronok sangat bila dapat mengaji dan belajar al –quran”
“ Angah pun sama ayah, esok kita mengaji lagi kan ayah ?” ujar Angah.
“Alhamdulillah,bagus anak-anak ayah. Baiklah, Along,Angah,adik esok kita belajar mengaji lagi.” Jawab si ayah.
Wajah Aziz berseri bila mendengar kata anak-anak mereka. Adik mengukir senyum lebar kearah ibunya Aisyah. Malam makin berlalu anak-anak Aziz dan Aisyah mula melabuhkan mata mereka di kamar kecil mereka. Aziz dan Aisyah turut sama berehat dan memelapkan mata setelah penat sehari bekerja.
***********************************************************************************
Malam berlalu pergi.... kedengaran kicauan burung dan mentari pagi yang menyinari indah desa permai. Bermulalah pahit manis kehidupan Aziz dan keluarga di teratap sepi mereka. Hari memakan hari membuatkan hidup Aziz dan aisyah serta anak – anak semakin terasa kesempitan hidup mereka. Dengan pendapatan yang tidak seberapa sebagai seorang tukang kayu, Aziz dan Aisyah mulai gelisah dengan duri masalah. Aziz tetap kelihatan tenang dengan wajah setenang lautan.
Sementara itu, di sudut kecil nurani Aisyah membuak – buak dengan pekerjaan di sebuah kelab hiburan. Oleh anugerah kecantikannya, Aisyah mula di goda dengan nafsu untuk menjadi sebagai seorang pelayan. Begitu ringan bibir Aisyah dengan lidah tidak bertulang memberitahu Aziz tentang khabarnya itu.
“ Abang, Aisyah rasa hidup kita makin hari makin sukarlah abang!, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuba abang tengok anak – anak kita, tak macam anak – anak orang lain. Aisyah nak cari kerjalah abang. Sekurang - kurangnya, dapat juga bantu abang” kata Aisyah dengan pujuk rayu.
Dengan lembut Aziz bertanya,”kerja apa yang kamu boleh buat Aisyah?
“Nanti kawan Aisyah akan carikan kerja untuk Aisyah bang” ujar Aisyah.
Aziz termenung tanpa berkata apa – apa. Terbayang di hati Aziz dengan persaan yang tidak enak kerana Aziz tidak bersetuju dengan niat Aisyah untuk bekerja.
“ Abang tidak setuju Aisyah, biar abang saja yang bekerja, Aisyah uruskan anak – anak dirumah,itukan lebih bagus.” kata Aziz.
Dengan riaksi ketidakpuasan hati, Aisyah menarik muka dan berundur ke kamar.
Perasaan Aziz terhadap isterinya Aisyah dalam keinginan mencari kerja membuatkan Aziz tidak disenangi. Masa berlalu dengan begitu pantas seperti sungai yang mengalir tanpa menghiraukan batu – batuan yang menghalang. Beberapa bulan sudah berlalu. Aisyah sudah pun mula bekerja tanpa pengetahuan Aziz. Dengan keghairahan bekerja sebagai pelayan di kelab malam, Aisyah turut lupa diri dan terjebak dengan lembah kejahilan.
********************************************************************************************
Begitu tajam pemikiran Aisyah, lantas tindakan Aisyah dengan pulang awal dari tempat kerja membuatkan anak – anak dan suaminya Aziz tidak tahu yang Aisyah sudah mula bergerak liar di kelab malam itu. Sementara itu, dengan kehadiran seorang lelaki yang agak “stylo” di kelab malam tersebut, telah membuatkan Aisyah tergoda dan tidak kurang hebatnya juga lelaki itu yang dikenali sebagai Syam seorang “play boy” mula mengatur langkah untuk mendapatkan Aisyah yang cantik menawan. Tanpa disedari Aisyah mula menggoda Syam dan mereka saling mencintai. Aisyah sudah mula melupakan pangkatnya seorang ibu dan sudah mempunyai tiga orang anak.
Setiap detik berlalu, pelbagai resah gelisah bermain di fikiran Aziz terhadap isterinya Aisyah. Satu ketika, Aisyah tiada di rumah setelah Aziz dan anak – anak pulang. Dengan suasana rumahnya yang tidak terurus,malah makanan tengahari yang selalu disediakan untuknya dan anak – anak tidak disediakan. Hal ini, menambahkan lagi syak wasangka Aziz terhadap isterinya. Oleh kerana keghairahan bekerja dan dibuai bibik – bibik cinta, dengan tidak sedar akan perbuatannya Aisyah pulang lewat dan hari sudah pun lewat malam.
Disebalik itu, keadaan di rumah tidak tentu arah. Anak – anak merungut kepada Aziz sambil berlinangan air mata yang mengalir dipipi kerana kelaparan.
“Ayah along lapar lah ayah” mengadu si anak.
“ sabar ya along nanti ibu balik masak,lepas tu kita makan sama – sama ya along” ujar Aziz.
Angah dan adik terbaring rebah di lantai tertidur kerana lapar. Dengan hati yang serba tidak kena, Aziz sebak melihat anak – anaknya yang dalam kelaparan dan Aziz menyesal oleh kerana Aziz beranggapan dirinya tidak berguna akibat tidak pandai memasak. Malam semakin mendatng, bayang Aisyah masih lagi tidak kelihatan. Sebagai seorang suami yang misali, Aziz menunggu Aisyah di hujung tangga kayu tua di terataknya. Tertanya – tanya di hati Aziz kemana isterinya. Aziz mula teringat akan kata – kata Yusof kawan baiknya dan merupakan seorang tauke warung yang mengatakan pernah terserempak dengan Aisyah yang sedang bekerja di sebuah kelab malam di pekan. Aziz masih kebingungan adakah itu benar atau salah? Terus termenung...
Oleh kerana terlalu penat menunggu isterinya, Aziz mula tersengguk – sengguk di muka tangga. Tiba – tiba kedengaran sayup – sayup bunyi enjen kereta di telinga Aziz. Aziz mula terbangun dan melihat kereta itu berhenti dihadapan terataknya. Tercegak aziz melihat kearah kereta tadi. Dengan suasana yang dingin, keluarlah seorang wanita dari kereta itu dan Aziz terkejut melihat wanita itu Aisyah isterinya. Dengan rasa marah di hati si suami, Aziz turun dan bertanya kepada Aisyah.
“kemana kamu pergi Aisyah?”
Dengan mulut yang berbau alkohol dan tidak bertudung, Aisyah menjawab dengan nada yang kasar,” aku pergi kerja kenapa? Kau nak halang aku kerja?kau siapa?”
Aziz terkejut dengan sikap Aisyah yang jauh berubah.
Mula si suami bertanya,” kau kerja apa?aku ni suami kau, aku berhak tahu semua tentang kau, sebab kau isteri aku, kau mengerti?”
Kata Aziz.
Aisyah ketawa dan bekata,” aku jadi pelayan di kelab malam dan akulah yang paling cantik. Aku dah bosan hidup merempat dengan kau. Aku nak jadi kaya. Aku bukan milik kau la Aziz,kau nampak siapa dalam kereta tu, aku ni dia yang punya.hahahahahaha..” Aisyah berkata dalam khayal.
Aziz terasa dirinya semakin tercabar, dan begitu ringan tangan Aziz terus hinggap di pipi Aisyah.
Aziz berkata, “ambik kau,rasakan penampar aku ni, dasar isteri tak guna.”
Keadaan semakin tegang dan begitu bising sehingga anak – anak yang sedang lena tidur terbangun. Anak – anak terus menuju ke luar rumah dan melihat ibu mereka yang bertikam lidah dengan ayahnya. Kerana mereka masih mentah dan tidak mengetahui apa yang sedang berlaku, anak – anak menangis dan memanggil ibu dan ayah mereka. Begitu tersentuh dan amat memilukan melihat anak – anak yang sedang sebak menangis.
Tanpa berkata apa – apa Aisyah terus berpatah balik dan terus masuk ke dalam kereta lantas mengajak Syam pergi dari rumahnya. Aziz kebingungan dan kaku melihat isterinya berkelakuan sebegitu serta lari mengikut lelaki lain. Anak – anak memanggil ibu mereka dengan kuat sehingga anak – anaknya terjatuh mengejar kereta yang dinaiki ibunya dari belakang. Malah, Aisyah begitu kejam dan berhati batu kerana langsung tidak menyahut panggilan dan menoleh anak – anaknya. Anak – anak menangis dan Aziz menuju kearah anak – anak sambil mendakap mereka dan berkata..
“Along, angah, adik jangan menangis, ayah ada dan ayah tak akan tinggalkan kalian.”
Dengan sebak Aziz berkata sedemikian dan suara tangisan anak – anak mulai reda. Masuklah si ayah dan anak – anak ke dalam teratak usang mereka. Aisyah mengikut Syam pergi dan langsung tidak kedengaran berita tentang Aisyah. Aziz tabah dan begitu sabar dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Aziz kelihatan tenang walaupun hatinya amat terluka. Aziz bertekat akan membesarkan anak – anaknya sehingga berjaya walaupun tanpa seorang isteri yang tercinta.
********************************************************************************************
Hari demi hari kehidupan Aziz dan anak – anak dalam kesempitan. Walaubagaimana pun, Aziz seorang tabah dan berpegang pada janji, Aziz gigih bekerja mencari pendapatan untuk menampung pembiayaan sekolah anak – anak. Sehinggakan Aziz terpaksa membahagikan masa bekerjanya dengan teratur agak kebajikan anak – anaknya terjamin. “kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tidak terhingga.” Setiap hari Aziz dan anak – anak terpaksa makan nasi dan ikan panggang. Ada kalanya Aziz tidak makan kerana dahulukan anak – anaknya. Tanpa bantuan sesiapa Aziz bekorban apa sahaja demi membesarkan anak – anak. Walaupun hidup dalam kesusahan kewajipan seorang islam tidak pernah Aziz abaikan.
Aziz sentiasa berdoa kepada ALLAH S.W.T agar hidup mereka bahagia walaupun serba kekurangan. Setiap malam selepas solak isyak, Aziz seperti biasa mengajar anak – anaknya mengaji Al - Quran dan turut membantu anak – anak menyiapkan kerja sekolah. Begitulah kehidupan seharian Aziz dan anak – anak setelah ketiadaan Aisyah. Anak – anak pernah berkata kepada Aziz..
“ ayah, bila along besar nanti along nak jadi orang yang berguna dan nak kerja elok – elok.” Kata along.
Angah menyamput, “ayah, angah pun sama, angah nak belajar pandai – pandai dan bila angah besar nanti angah nak ayah tinggal dengan angah.”
Adik sambil termenung dan turut berbicara “adik nak masuk universiti”
“kalau macam itu, kamu semua harus belajar sungguh – sungguh, seperti kata pepatah dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.” Ujar Aziz terhadap anak – anak.
Tajam pemikiran adik kerana adanya keinginan untuk masuk universiti. Aziz tersentuh dengan bicara anak – anaknya. Jauh di sudut hati Aziz mengharap agar impian dan harapan anak – anaknya tercapai. Doa daripada Aziz untuk anak – anaknya sentiasa dihati. Aziz tidak tidak mahu masa depan anak – anaknya musnah walaupun dia sendiri yang terpaksa menghadapi liku – liku kehidupan demi anak – anak.
********************************************************************************************
Hampir dua dekat telah berlalu,teratap Aziz yang selalunya riuh – rendah dengan karenah anak – anak menjadi sepi. Aziz keseorangan di teratapnya yang rindukan kepulangan anak – anak. Setelah anak – anaknya meningkat dewasa kehidupan Aziz hanya berulang – alik ke masjid. Oleh kerana, Aziz sentiasa ingat dan sedar akan umurnya yang semakin lanjut. Hal – hal keduniaan tidak lagi Aziz hiraukan. Kadang – kadang Aziz mengatur langkah ke rumah rakannya Yusof untuk menghilangkan rasa bosannya di rumah. Yusof juga merupakan seorang sahabat Aziz yang sangat baik dan prihatin terhadap kehidupan Aziz yang selalu keseorangan. Apa jua masalah yang selalu Aziz lalui diluahkan kepada sahabat baiknya Yusof.
“ Yusof, aku selalu susahkan kau, aku malu sangat dengan kau yusof” kata Aziz dengan lemah berbicara.
“kenapa kau cakap macam tu Aziz,kitakan kawan baik, selama ini, waktu muda – muda dulu kau juga yang selalu bantu aku, jadi ini lah waktunya aku berbudi terhadap kau” jawab Yusof dengan yakin.
“terima kasih Yusof” ujar Aziz lagi.
Sementara itu, dengan suasana yang hirup pikuk di bandar, kelihatan seorang pemuda tampan yang sibuk bekerja sebagai pegawai bank. Itulah along anak sulong Aziz yang semakin ghirah mengejar kekayaan. Ada perkara yang amat menyedihkan, along tidak lagi mengingati ayahnya Aziz dikampung. Along juga telah menganggap Aziz sudah tiada. Begitu mudah seorang anak yang derhaka melupakan jasa dan pengorbanan ayah sendiri. “bagaikan kacang lupakan kulit”.
Dalam masa yang sama, terbayang wajah seorang anak muda yang pantas dan bijak dalam perniagaan. Angah juga telah berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yang termasyur. Oleh kerana selalu dikelilingi ramai pelanggan, Angah turut tidak merindui dan mengingati Aziz. Sedangkan, Aziz di kampung selalu rindukan kepulangan anak – anaknya.
Malah, adik, anak bongsu Aziz turut berjangkit dengan penyakit lupa diri kerana kecantikan dirinya yang sama seperti ibunya membuatkan adik berubah. Adik yang dikenali sebagai Pinky yang selalu disangjung dan menjadi kegilaan ramai jejaka di kampusnya.
********************************************************************************************
Dikedinginan malam yang syahdu, Aziz teringat akan nostalgia yang lalu, hadir tanpa diundang puas diusir tetapi kenangan itu tetap menghantui Aziz terhadap anak – anaknya. Seperti biasa, selepas solat isyak Aziz mengalunkan ayat – ayat suci Al – Quran dan sambil menangis disebabkan teringat akan kenangan mengaji Al – Quran bersama anak – anak dan isterinya. Oleh kerana kemiskinannya dan tiada kemudahan telefon, ia membuatkan Aziz lebih sukar untuk bertanya khabar anak – anakya. Malah, sekiranya Aziz dapat menelefon anaknya dengan bantuan Yusof, panggilan Aziz tidak dijawab. Begitu tersinggung hati seorang ayah kerana kelakuan anak sendiri. Tapi sebaliknya, Aziz tetap berfikiran positif terhadap anak – anaknya sekiranya panggilannya tidak terjawab, Aziz beranggapan anaknya sedang sibuk dengan kerja. Aziz memang kuat beramal ibadat dan Aziz sentiasa sabar terhadap apa yang dialaminya dan tetap mengigati serta menyayangi anak – anaknya.
Lantas hari demi hari Aziz makin terasa kehilangan anak – anaknya. Kehidupannya yang selalu keseorangan dan hanya bertemankan teratap usang. Selama ini Aziz bersabar tetapi kali ini Aziz mula tersinggung dengan sikap anak – anaknya terhadap dirinya hanya seorang lelaki tua. Makin hari, hidupnya makin tidak menentu. Oleh kerana adanya seorang rakan baik seperti Yusof, hidup Aziz dibantu oleh yusof.
Suatu ketika, Aziz sedang berjalan baru sahaja pulang solat isyak di masjid dalam kampungnya. Dalam perjalanan pulang tiba – tiba hujan turun dengan lebatnya. Malah dengan kehadiran angin kencang hati Aziz mula rasa tidak tenang. Bibir Aziz bergerak – gerak memohon perlindungan daripada ALLAH semoga dirinya selamat. Setiba Aziz melalui di bawah sepohon pokok besar, angin bertiup kencang dengan hujan lebat, lantas bunyi serpihan dahan pokok besar yang patah, dan terus Aziz terjatuh pengsan akibat dihempap dahan pokok itu.
ALLAH selalu menolong orang yang taat pada perintahnya, Aziz masih berada dibawah dahan yang patah tadi. Tiba – tiba, hati Yusof berdegup kencang. Yusof gelisah dan buntu kenapa hatinya sedemikian. Tanpa berlengah Yusof terus mengatur langkah untuk pulang. Semasa perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat, Yusof terkejut melihat ada pokok patah dihadapannya. Yusof cuba melalui jalan lain, tapi dengan kuasa yang maha Esa, tergerak hati Yusof untuk mengalihkan dahan itu ke tepi. Yusof terkejut besar kerana melihat sahabatnya Aziz pengsan dibawah dahan yang patah itu, Yusof berbicara sendirian.
“ALLAHU AKHBAR, Aziz , kenapa boleh jadi macam ni, Aziz bangun Aziz, bangun,kau mesti kuat Aziz,aku yakin kau seorang yang kuat ” kata Yusof sambil sebak melihat keadaan Aziz.
Ketika Yusof mengangkat Aziz, aliran darah mula mengalir dari kepala Aziz, Yusof mula menggelabah melihat keadaan Aziz. Tapi ALLAH maha kuasa, luka di kepala Aziz tidak begitu serius. Aziz dirawat oleh yusof, tetapi semenjak kecelakaan yang telah berlaku kepadanya, Aziz terus menyusur sakit. Hal ini berkemungkinan Aziz rindukan isteri dan anak – anaknya.
********************************************************************************************
Dalam keadaan bandar yang begitu sesak ketika waktu maghrib, along sedang memandu kereta untuk pulang kerumahnya. Tiba – tiba along teringatkan ayahnya di kampung. Perasaan tidak enak along semakin menjadi – jadi. Tiba – tiba along terkaku dan tidak dapt mengawal kenderaannya lalu along terbabas dan terlanggar benteng penghadang jalan. Along cedera dan orang ramai menolong terus along dibawa ke hospital. Angah dapat tahu berita tentang along melalui kawan – kawannya. Dengan serta - merta angah menjenguk along di hospital. Angah juga dalam keadaan tidak senang akibat angah muflis dalam perniagaannya kerana ditipu. Hati anak – anak mula gelisah dan masing – masing mula teringatkan ayahnya dikampung. Tiba – tiba telefon berbunyi. Angah mengangkat telefonnya. Kedengaran suara adik yang menangis.
“hello adik, kenapa adik “ tanya angah.
Adik dengan sedik dan begitu kecewa menjawab “angan, dibuang kampus “jawab adik.
Angah bertanya lagi. “dibuang daripada kampus?” Angah terkejut dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.
Adik menjelaskan kepada angah yang sebenarnya “ adik gagal dalam peperiksaan dan adik tidak boleh meneruskan pengajian lagi” kata adik dengan sedih.
Begitulah keadaan anak – anak Aziz yang masing – masing dalam genggaman masalah. Mungkin juga ini adalah ujian Tuhan kepada anak – anak yang menderhaka kepada ayahnya.
Dalam masa yang sama anak – anak Aziz teringat akan keadaan Aziz di kampung. Mereka masing – masing menyesal terhadap perbuatan mereka terhadap ayahnya. Lantas membuat keputusan untuk pulang mencari ayahnya di kampung.
Keadaan Aziz semakin hari semakin tenat, Aziz tidak dapat berjalan dan hanya mampu berkata – kata sahaja. Dalam keadaan Aziz yang begitu tenat Aziz dijaga oleh Yusof. Tambahan pula Yusof hanya tinggal seorang di rumahnya. Ketika Yusof sedang menyapu air ke badan Aziz, Aziz meminta Yusof agar tidak memberitahu keadaanya kepada anak – anak. Aziz masih tidak mahu menyusahkan anak – anaknya.
“ Yusof, aku harap kau jangan bagitahu kepada anak – anak aku tentang keadaan aku sekarang. Nanti menyusahkan anak – anak aku saja”. Kata Aziz.
Yusof menjawab “ kenapa Aziz, biarlah mereka tahu bagaiman keadaan kau, mereka itu anak – anak kau dan mereka mesti ambil tahu tentang keadaan kau. Biar mereka sedar dimana silap mereka”
Aziz terdiam.. jauh disudut hati Aziz ada juga cahaya kekecewaan yang
terpancar dalam hati Aziz akibat perbuatan isteri dan anak – anak.
********************************************************************************************
Waktu itu, anak – anak Aziz dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mencari Aziz. Yusof menelefon anak – anak Aziz dan memberitahu tentang keadaan Aziz yang tenat dan memberitahu Aziz ada dirumahnya. Anak – anak Aziz berasa amat bersalah dan insaf atas perbuatannya keatas seorang ayah yang sanggup bekorban harta dan nyawa untuk membesarkan mereka sejak kecil.
Senja mula melabuh tirai, sedang Yusof menyapu halaman rumah tiba – tiba Yusof terdengar suara Aziz yang seperti dalam keadaan sakit. Tanpa berlengah Yusof naik ke rumah dan melihat Aziz semakin tenat, dibibir Aziz selalu kedengaran memanggil anak – anak dan isterinya sambil berselang – selikan sebutan ALLAH. Yusof risau kerana anak – anak Aziz tidak sampai lagi. Aziz kelihatan semakin nazak,
Tiba – tiba kedengaran bunyi kereta dihadapan rumah, anak – anak Aziz sudah sampai. Terus Yusof kemuka pintu dan memanggil anak –anak Aziz agar cepat bertemu dengan Ayahnya. Aziz mengatakan ayah kamu semakin nazak. Tanpa berlengah anak – anak Aziz berlari naik kerumah dan menuju terus kearah Aziz dan masing – masing memeluk ayahnya sambil memohon maaf dengan ayah. Aziz tidak berkata dan hanya menyebut nama ALLAH, ALLAH, ALLAH memangjang. Anak – anak Aziz menangis melihat keadaan ayahnya yang tenat kerana sudah lama menderita akibat perbuatannya.
“ayah, ayah, ayah, anak – anak ayah dah pulang ayah, ayah ampunkan kami ayah, ampunkan dosa – dosa kami terhadap ayah selama ini, Kami anak – anak dehaka ayah. Ampunkanlah kami ayah” kata anak – anak Aziz sambil menangis.
Dalam masa yang sama kedengaran suara seorang wanita memberi salam. Yusof menjenguk dan terkejut melihat Aisyah isteri Aziz kembali mencari suaminya. Aisyah menangis dan memanggil suaminya Aziz. Aisyah yang telah sedar akan kesalahannya serta insaf dan mahu bersama dengan suaminya. Yusof agak sebak melihat keadaan Aisyah dan Yusof terus menyuruh Aisyah berjumpa dengan Aziz. Aisyah terkejut melihat ada orang sedang menangis di tepi sebuah katil. Aisyah bertanya kepada Yusof.
“siapa mereka Yusof? Dan kenapa mereka menangis? Siapa yang terbaring diatas katil itu?”
Yusof dengan sebak memeberitahu” itulah anak – anak kamu yang telah dewasa Aisyah dan lelaki diatas katil itu ialah suami kamu”
Aisyah terus memanggil anak – anak sambil menangis. Anak – anak Aisyah berpaling dan terkejut melihat wajah dan suara ibunya yang memanggil mereka. Begitu tersentuh hati Yusof melihat keadaan mereka. Aisyah memeluk anak – anak mereka dan memohon maaf atas segala yang telah berlaku.
Along berkata “kami semua telah lama maafkan ibu, kami sayangkan ibu,kami tak mahu lagi berpisah dengan ibu.”
Aisyah tersenyum sambil meratap.
Ujar Along lagi “ ibu, kita sepatutnya minta maaf pada ayah ibu, ayah kucup banyak menderita kerana perbuatan kita.”
Aisyah dan anak – anak memeluk suaminya sambil meminta maaf atas segala kesalahan mereka selama ini kepada Aziz.
Aisyah berkata “ abang maafkan Aisyah bang, Aisyah berdosa pada abang, Aisyah jahat bang, Aisyah jahat.”
Aisyah dan anak – anak menatap wajah Aziz yang kian pudar, bibir Aziz yang tercungap – cungap seakan – akan mahu bercakap. Aisyah dan anak – anaknya menangis sementara Yusof mengajarkan syahadah kepada Aziz.
“LAILAHAILLALLAH, LAILAHAILLALLAH, LAILAHAILLALLAH “
Suasana semakin suram, Aziz seolah – olah tidak berdaya lagi untuk membuka mata, tetapi kelihatan air mata kasih seorang suami terhadap isteri dan seorang ayah kepada anak – anak mengalir dipipi Aziz. Yusof tetap berada disisi Aziz dan terus mengajar Aziz supaya sentiasa ingat pada ALLAH. Si isteri dan anak – anak berada disis kiri dan kanan Aziz sambil memeluk Aziz. Tiba – tiba Aziz menarik nafas dengan panjang dan menghembus dengan perlahan – lahan. Kali kedua Aziz menarik nafas, badan Aziz terketar - ketar dan kali ketiga Aziz menarik nafas panjang dan menghembusnya buat kali terakhir. Aziz telah kembali ke Rahmatullah dengan wajahnya yang tenang. Air muka Aziz berseri – seri dan begitu tenang. Isteri dan anak – anak Aziz begitu sedih dengan kehilangan Aziz, mereka begitu insaf dan kecewa dengan sikap mereka sendiri. Tetapi, dengan pemergian Aziz mereka terima dan redha dengan takdir Tuhan kerana mereka yakin ALLAH lebih menyayangi Aziz. Walaubagaimana pun, isteri dan anak – anak Aziz sempat memohon maaf atas segala kesilapan mereka terhadap Aziz. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas Arwah Aziz.
Setelah pemergian suami dan ayah yang tercinta Aisyah dan anak – anak membina kehidupan baru setelah mereka banyak terleka selama ini. Yusof kawan Aziz telah pergi menunaikan haji dan sekali gus membuat upah haji untuk Arwah Aziz. Akhirnya, isteri dan anak – anak Aziz tetap bersama dan tidak berpisah lagi.
Minggu 4 (Bidang Ilmu Lian) Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain
ILMU PENDIDIKAN JASMANI
Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung
dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolesterol yang memudaratkan dan tekanan
darah tinggi. Menurut Persatuan Jantung Amerika, kekerapan orang yang kurang
aktif dan tidak begitu cergas dari segi fizikal menghidap hipertensi antara
30 hingga 50 peratus lebih tinggi. Tambahan lagi, beberapa kajian klinikal menunjukkan
bahawa senaman boleh mengurangkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit.
Apabila anda mengalami tekanan darah tinggi, jantung terpaksa bekerja lebih
keras untuk mengepam darah ke seluruh badan, dan ini menimbulkan masalah yang
dinamakan hipertrofi, atau peningkatan jisim jantung. Hipertrofi mendedahkan
pesakit kepada masalah seperti keabnormalan denyutan jantung dan boleh menyebabkan
kegagalan jantung.
Seperti semua otot-otot lain, jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman dan
dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung boleh
berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan. Kadar denyutan
jantung semasa rehat bagi orang yang bersenam juga lebih perlahan kerana jantung
mereka tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah. Orang yang bersenam lazimnya
mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit jantung. Banyak kajian mendapati
bahawa senaman ringan hingga sederhana juga membawa manfaat kepada penghidap
sakit jantung.
Kesan senaman ke atas tekanan darah
Cara (mekanisme) senaman boleh mengurangkan tekanan darah masih tidak jelas.Namun,
ada pihak yang mencadangkan bahawa senaman yang kerap membantu mengekalkan keanjalan
arteri, walaupun di kalangan warga lanjut usia, dan ini mengekalkan kelancaran
aliran darah dan tekanan darah normal.
Namun, senaman keamatan atau intensiti tinggi mungkin tidak mengurangkan tekanan
darah seperti senaman intensiti sederhana. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit
sehari pada kebanyakan hari, atau setiap hari boleh mengawal tekanan darah.
Senaman boleh dilakukan dalam sebarang bentuk kegiatan fizikal, seperti yoga
dan tai chi. Sekiranya anda sudah menghidap hipertensi sederhana hingga teruk,
anda harus berjumpa doktor dan membincangkan program senaman yang sesuai.
Cuba elakkan minuman berkafeina kerana ia meningkatkan kadar denyut jantung
dan bebanan jantung, lantas menjejaskan tekanan darah semasa menjalankan kegiatan
fizikal. Jika anda penghidap hipertensi, anda harus bernafas secara normal sepanjang
senaman. Menahan nafas akan meningkatkan tekanan darah.Beberapa kajian klinikal
yang dijalankan di Amerika Syarikat mendedahkan manfaat senaman di kalangan
semua kumpulan pesakit.
Contohnya, kajian mendapati bahawa apabila bersenam, kumpulan penduduk kulit
hitam Amerika mencatatkan pengurangan ketara dalam tekanan darah sistolik sedangkan
individu berketurunan Asia mencatatkan pengurangan lebih besar dalam tekanan
darah diastolik berbanding peserta kulit putih. Kajian ini menunjukkan bahawa
walaupun tanpa sebarang perubahan berat badan, individu yang melakukan senaman
aerobik secara kerap dapat mengurangkan tekanan darah semasa rehat.
Pengurangan tekanan darah dilihat tidak bergantung kepada kekerapan, intensiti
atau jenis senaman. Ini menunjukkan bahawa semua bentuk senaman berkesan untuk
mengurangkan tekanan darah.
Kesan senaman terhadap kolesterol
Selain daripada manfaat senaman yang mengurangkan tekanan darah, kecergasan
fizikal juga membantu mengurangkan kadar kolesterol menerusi beberapa cara.
Pertamanya, senaman meningkatkan kandungan kolesterol HDL
(kolesterol baik) di dalam darah, sambil mengurangkan kandungan kolesterol LDL
(kolesterol jahat yang menyumbatkan arteri).
Kedua, senaman menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan.
Ketiga, apabila anda bersenam, anda menguatkan peredaran darah
badan, membantu mengeluarkan gumpalan dalam salur darah dan menjadikan jantung
pam yang lebih kuat dan cekap.
Tahap kecergasan fizikal anda ada kaitan rapat dengan kandungan kolesterol.
Pakar-pakar telah berusaha menentukan tahap atau jumlah senaman yang diperlukan
untuk membawa manfaat kepada jantung. Pada 2002, satu kajian yang teliti telah
dijalankan ke atas sekumpulan dewasa dengan berat badan berlebihan. Keputusan
menunjukkan perubahan bermanfaat dari segi kandungan kolesterol dan lipid, termasuk
pengurangan LDL, walaupun peserta hanya melakukan sedikit senaman pada intensiti
sederhana hingga tinggi.
Namun begitu, senaman berat diperlukan untuk mengubah kandungan kolesterol
secara ketara, dan meningkatkan bilangan kolesterol HDL baik. Manfaat yang dilaporkan
dalam kajian diperoleh walaupun pengurangan berat badan peserta adalah kecil.
Ini bermakna orang yang mempunyai berat badan berlebihan yang menghadapi masalah
mengurangkan berat badan masih boleh mendapat manfaat besar untuk kesihatan
jantung dengan bersenam.
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa untuk kesan perlindungan jantung terbaik,
tempoh sesuatu sesi senaman tidak begitu penting berbanding jumlah tenaga harian
yang digunakan.Maka cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat
singkat yang dilakukan selama beberapa kali, dan ini berguna bagi orang yang
lebih berumur. Latihan berbeban juga dikaitkan dengan perlindungan jantung.
Latihan sebegini mungkin menawarkan manfaat sampingan kepada senaman aerobik
dengan mengurangkan kandungan LDL.
Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit yang
menghidap angina. Sudah tiba masanya untuk mengubah gaya hidup anda hari ini.
Dalam usaha anda merawat dan mencegah hipertensi, perkara paling penting ialah
membuat perubahan dalam gaya hidup anda. Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan
dalam senarai perubahan yang harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat
pemakanan, mengurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok.
Selain itu, mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafeina, mengawal pengambilan
makanan lemak dan mematuhi arahan pengambilan ubat preskripsi apabila diperlukan.Rencana
di atas semata-mata bertujuan menyampaikan maklumat kepada orang awam dan bukannya
hendak menggantikan perkhidmatan daripada profesional perubatan.
Berbincanglah dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan sebelum mengikuti
sebarang jenis rawatan atau amalan. Hanya doktor anda yang boleh memberikan
maklumat tentang perkara-perkara yang selamat dan berkesan bagi anda.
Oleh: Kiren Sharma, Ahli Fisioterapi Perkhidmatan Penasihat Awam bagi Jantung
Sihat (PASHH)
Sumber Akhbar Online
PERSAMAAN SERTA PERBEZAAN PENDAPAT TOKOH-
TOKOH BARAT,TIMUR DAN ISLAM TENTANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
PERSAMAAN PENDAPAT TOKOH-TOKOH BARAT, TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI VISUAL
1. Secara umumnya,pendidikan seni visual mempunyai nilai estetika yang menimbulkan kesan keindahan. 2. Seni perlu dipandu dengan dan kepada kebaikan,kebenaran,kesempurnaan,kesejahteraan dan keindahan. 3. Seni sememangnya bergantung kepada alam semula jadi. 4. Hasil karya seni visual bukan semata-mata peniruan tetapi mirip kepada peniruan yang rupa dan struktur bentuk yang universal kepada benda alam. 5. Kanak-kanak mahupun murid-murid perlu diberi peluang mempelajari seni dan membantu mereka, 6. Perkembangan seni dalam kehidupan seharian. 7. Seni memberi pembangunan kepada masyarakat. 8. Seni dapat memberi kefahaman dalam seni terutama kanak-kanak. 9. Seni juga membentuk dari fizikal seseorang. 10.Seni juga melalui kemahiran dan kretiviti seseorang. |
Subscribe to:
Posts (Atom)