Tuesday, April 12, 2011

Minggu 4 Prosa Tradisional ( Cerita Tradisional ) Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain

“Okey karena aku lebih suka mati dimakan buaya daripada dihukum gantung dihadapan ribuan kancil, aku akan memberitahu cara mengatasinya.”

“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh “ mata Buaya tampak bersinar-sinar mendengar ada jalan keluar yang ditawarkan Sang Kancil untuk menghindari incaran Kancilman utusan raja.

“Bila dagingku dimakan 40 ekor buaya, bau tubuhku hanya bertahan 1 hari. Dirimu akan selamat dari incaran Kancilman karena dia aru akan datang lusa. Saat itu bauku telah hilang”.

“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh“ Buaya dengan antusias menggoyang-goyangkan ekornya.

“Teman-temanmu juga akan berterimakasih padamu karena dihadiahi daging kancil yang lezatnya tiada tara. Akan lebih mudah bagi dirimu untuk terpilih menjadi raja buaya di sungai ini”

“Kudengar raja buaya telah mati sebulan lalu dan belum ada penggantinya. Aku rasa buaya kuning yang gagah seperti kamu dengan mudah akan membuat buaya-buaya kelabu terkagum-kagum pada kedermawananmu”.

“Dengarlah rahasiaku ini! Daging kancil akan membuat kulit buaya jadi kinclong! Mengkilat seperti emas! Walaupun teman-temanmu yang berkulit kelabu juga akan mengkilat setelah memakan dagingku, hanya kamulah yang paling bersinar. Itu karena kulitmu berwarna kuning keemasan”

“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh“ Si Buaya dengan hati berbunga-bunga memukul-mukulkan ekornya ke air.

“Tiada buaya yang lebih pantas menjadi raja buaya selain buaya kuning yang kulitnya bersinar bak emas murni. Buaya gagah perkasa yang dermawan membagi-bagi daging lezat pada semua rakyatnya”

“Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh Brrrrrrrrrrgghh“ Gubraak!, Buaya tidak sabar lagi ingin memanggil teman-temannya.

A“Baiklah, panggillah teman-temanmu dan suruh mereka berbaris dari sini ke seberang sungai. Aku sendiri yang akan memastikan jumlah kalian tidak kurang dari 40 ekor” kata Si Kancil singkat

Si Tanggang, Mat Jenin, Sang Bedal Tak Berbudi, Si Badang and Bawang Putih Bawang Merah dan watak cerita kanak-kanak yang amat digemari ialah “Sang Kancil” yang merupakan antara cerita traditional yang disukai dan dibaca oleh semua kanak-kanak Malaysia.

“ Cerita tradisional kanak-kanak merupakan satu contoh kepada cara tradisi di mana mereka yang lebih tua mengajar golongan muda mengenai kepentingannya memiliki nilai moral yang kukuh serta positif melalui teknik yang lebih halus iaitu penceritaan (storytelling). Dari generasi ke generasi, cerita tradisional telah perturunkan dan hingga kini, ia masih diminati oleh rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur,” kata YBhg Dato’ Idrose Mohamed, Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad.
“Adalah menjadi satu kebanggaan bagi Pos Malaysia untuk menampilkan beberapa cerita tradisional kanak-kanak yang dikenali ramai dalam setem dan Sampul Surat Hari Pertama dan kami berharap agar para pelanggan akan mengambil peluang ini bagi menambah koleksi setem yang unik ini untuk simpanan mereka. Tambahan lagi, pengeluaran koleksi setem ini menyokong usaha Tahum Melawat Malaysia 2007 bagi mempromosikan budaya dan tradisi Malaysia kepada pengunjung dari luar negara. Oleh itu, kami juga ingin mempelawa para pelancong untuk membeli setem serta Sampul Surat Hari Pertama ini sebagai kenang-kenangan mengenai budaya dan tradisi Malaysia yang unik dan menarik,” tambah Dato’ Idrose.
Setem-setem tersebut, berukuran 40mm X 30mm, dicetak sebanyak 20 setem sehelai di atas kertas tera air SPM bersalut fosfor dan boleh didapati dalam empat sebaris di mana setiap satu setem bernilai 50sen yang menampilkan :

• Sang Kancil Dengan Buaya
Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang Kancil berhasrat untuk memakan buah-buahan di seberang sungai. Dia mengkhabarkan kepada buaya bahawa dia telah diperintahkan oleh Raja Sulaiman untuk menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana beliau ingin memberi hadiah kepada mereka semua. Sang Kancil mengarahkan supaya semua buaya beratur, merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana. Setelah itu, Sang Kancil terus melompat ke atas buaya-buaya itu satu persatu sehingga berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing Sang Kancil bersorak kegembiraan dan berkata mereka telah ditipu dan tiada hadiah dari Raja Sulaiman. Semua buaya amat marah dan berdendam sehingga hari ini.
• Sang Kancil Menolong Kerbau
Ini adalah kisah buaya atau Sang Bedal yang tidak mengenang budi. Sang Bedal yang dihempap pokok tumbang menjerit meminta tolong. Jeritan itu didengari oleh Sang Kerbau. Apabila Sang Kerbau membantu mengangkat pokok itu dengan tanduknya, Sang Bedal terus menangkap kaki kerbau. Semasa pergelutan itu muncullah Sang Kancil dan Sang Kerbau pun meminta bantuan Sang Kancil. Dengan itu, Sang Kancil pun berfikir cara untuk melepaskan kaki Sang Kerbau dari mulut Sang Bedal.
Dia berpura-pura tidak percaya Sang Kerbau boleh mengangkat pokok itu dan meminta supaya ditunjukkan bagaimana ianya dilakukan. Jadi, Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kancil seterusnya menyuruh Sang Kerbau melepaskan batang pokok di atas Sang Bedal. Kayu itu menghempap Sang Bedal yang tidak tahu mengenang jasa itu.
• Bawang Putih Bawang Merah
Kisah ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Bawang Merah yang selalu didera oleh ibu tiri dan adik tiri yang bernama Bawang Putih. Suatu hari dia terdengar panggilan seekor ikan kaloi di dalam perigi yang ingin membantunya.Tetapi ibu dan adik tirinya mendapat tahu akan hal tersebut lalu menangkap ikan kaloi itu dan dimasak. Pada suatu malam, Bawang Merah bermimpi ibunya yang memberitahu dia akan perkara itu dan menyuruh dia menanam semua tulang ikan itu. Sungguh menghairankan, sepohon pokok tiba-tiba tumbuh dengan sebuah buaian yang diperbuat dari emas. Di sinilah Bawang Merah akan bermain buaiannya sambil menyanyi gembira sehinggalah suaranya didengari seorang putera mahkota yang akhirnya berkahwin dengan Bawang Merah dan terus hidup bahagia hingga ke anak cucu.

• Badang
Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda bernama Badang. Setiap hari Badang menahan bubu di anak sungai dan sudah tiga pagi tiada seekor ikan pun terperangkap. Badang hairan binatang apa yang memakan ikan-ikan itu. Dia bercadang untuk menunggu di situ untuk melihat binatang apa ynag memakan ikan-ikan itu. Pada waktu tengah malam, dia nampak satu lembaga yang berjanggut panjang hingga ke perutnya muncul. Lembaga dengan matanya merah menyala itu menuju ke bubunya lalu mengeluarkan ikan di dalamnya dan meratah dengan lahapnya. Badang melompat keluar dan meluru ke arah lembaga itu dan mengancam akan membunuhnya. Lembaga itu merayu agar Badang melepaskannya dan berjanji akan menjadikan Badang seorang yang gagah dengan memakan ikan yang dimuntah keluar olehnya. Lembaga itu lari dan kerana masih geram, Badang menarik sebatang pokok besar yang tercabut dengan mudahnya. Badang hairan dengan kekuatannya. Mulai hari itu, Badang menggunakan kekuatannya untuk menolong rakyat jelata. Kegagahan Badang itu sampai ke pengetahuan Raja dan dia pun dilantik sebagai hulubalang baginda.

Ciri khas bagi Lembaran Mini ialah di mana imej pada setem itu diserikan lagi dengan cetakan Hot Stamping berwarna perak. Lembaran Mini dengan saiz 100mm X 70mm pada harga RM5 memaparkan :
• Si Tanggang
Kisah ini mengenai Si Tanggang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Pada suatu hari, Si Tanggang telah ditangkap Nakhoda kapal dan dipaksa untuk melakukan kerja-kerja di atas kapal. Nakhoda suka dengan kerajinan Si Tanggang lalu dikahwinkan dengan anaknya serta melantiknya menjadi Nakhoda yang baru. Pada suatu hari, awan menjadi gelap menandakan ribut taufan akan melanda. Nakhoda Tanggang pun menghalakan kapalnya memasuki muara sungai di kampung ibu bapanya. Ibu dan bapanya dengan gembira pergi berjumpa dengan Nakhoda Tanggang. Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku kedua orang tua itu sebagai ibu bapanya kerana kelihatan begitu daif. Ibunya berasa sangat pilu dengan sikap angkuh Si Tanggang itu, lalu berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang dan ombak yang kuat memecahkan kapal itu. Nakhoda Tanggang, isterinya dan semua anak kapalnya menjadi batu.

No comments:

Post a Comment

JOM TENGOK

JOM TENGOK
Kenangan terindah...