Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.
Proses Pembentukan Kata
Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.
Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:
3. Altavista-
= Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
4. Goodsearch-
http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
5. everyclik.com –
= Etika Penggunaan Internet & Email
Tujuan E-mel
Tujuan arahan ini adalah untuk memastikan pengguna-pengguna dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih berkesan dan penggunaannya tidak memberi impak negatif kepada capaian sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan JPNNet.
Cara penggunaan yang betul dan memilih masa penggunaan yang sesuai adalah dua elemen penting yang mempengaruhi keupayaan jaringan JPNNet bagi memberi perkhidmatan yang optimum.
Menyelenggara Kotak e-Mel (MAIL BOX)
Penggunaan e-mel dan internet dalam sector awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa ini hampir ke semua agensi di sektor awam telah dilengkapi dengan kemudahan ini.
Kesan positif ini turut mereformasi cara agensi-agensi Kerajaan berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat.Penggunaan ini telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan memudaratkan bukan sahaja kepada Jabatan bahkan kepada masyarakat dan negara. Ini adalah kerana capaian kepada internet dan penghantaran e-mel adalah terlalu mudah dan cepat tanpa batas dan sempadan.Sebagai langkah berwaspada, pengguna mestilah mengambil langkah bijaksana dengan membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya ke atas isi dan sumber ledakan maklumat itu.
JPN sendiri telah mengambil langkah inisiatif dengan menyediakan kemudahan ini kepada hampir 500 penggunanya. Langkah pendedahan awal ini diharap dapat menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan kerajaan elektronik yang menjadi mercu tanda kepada Koridor Raya Multimedia (MSC). Kemudahan ini termasuk di dalam agenda plan pengkomputeran JPN bagi mewujudkan warga JPN yang celik komputer. Sesungguhnya kemudahan ini menyumbang kepada perolehan maklumat yang terkini serta melicinkan jentera pentadbiran JPN.
Pelaksanaanya telah dilakukan secara dua peringkat iaitu peringkat yang melibatkan kumpulan Penolong Pengarah dan ke atas manakala peringkat kedua meliputi kumpulan Pegawai Eksekutif hingga kerani.
6. Hakia.com –
http://amron.webnode.com/modul/Modul
Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian;
model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam
persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan
pengajaran bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikanperkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klikpada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalamkotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com
Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader iniuntuk memuat turun bahan yang diperlukan Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet. Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaandi dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet. Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet.
Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy. Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat
internet yang telah diberikan.
PENGENALAN TUGASAN
BMM 3105
Penggunaan komputer merupakan satu cara yang dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajarn Bahasa Melayu adalah dengan menggunakan Laman Sesawang secara di dalam talian dan luar talian.
Hasilkan langkah pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang melibatkan kemahiran secara dalam talian dan luar talian dengan menggunakan Laman Sesawang yang dibina.
Tema yang boleh digunakan ialah Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (PPBMBK) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Anda kehendaki menentukan tajuk dan hasil pembelajaran sebelum anda membina Tapak Pembelajaran.
Panduan Tugasan:
Lawan Sesawang anda perlu mengandungi butiran yang berikut:
1. Mencara bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk dokumen, video, audio, imej, animasi dan sebagainya.
2. Anda boleh menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai, untuk mendapatkan bahan pengajran Bahasa Melayu.
3. Bahan yang dicari perlu disimpan dalam fail internet dan katalog
4. Bahan yang dikumpulkan juga perlu dikategorikan mengikut tajuk yang sesuai.
5. Sediakan juga sedikit maklumat mengenai bahan yang telah anda kumpul
6. Semua bahan yang telah atau belum dimuat naik dalam Lawan sesawang hendaklah dimasukkan ke dalam CD untuk tujuan penghantaran tugasan kepada pensyarah ketika bersemuka pada perjumpaan pada bulan September nanti.
7. Penilaian tugasan akan dibuat secara berterusan dengan merujuk kepada lama sesawang anda. Kemaskini lawan sesawang anda dari semasa ke semasa
8. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Encik Norazam di www. oraza.com
Sila Lihat Modul Tugasan untuk penjelasan lanjugt
BMM 3105 ADALAH SATU SUBJEK YANG PERLU DIKUASAI OLEH SEMUA PELAJAR PGSR BM. PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ADALAH BERTUJUAN MELAHIRKAN GURU-GURU YANG CEKAP DALAM PENGGUNAAN KOMPUTER
KEPENTINGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
7. Forestle.com
PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1. DEFINISI BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA
1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk
memenuhi keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang
telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
a. Kemahiran Lisan
b. Kemahiran Bacaan
c. Kemahiran Tulisan
d. Kemahiran Ejaan
KEMAHIRAN LISAN
1.1 PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.
1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:
- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3: KEPENTINGAN LISAN
Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.
Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.
1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN
1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian :
1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai
perkara-perkara tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan
mereka sendiri.
1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah
pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :
o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.
o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1. DEFINISI BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA
1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk
memenuhi keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang
telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
a. Kemahiran Lisan
b. Kemahiran Bacaan
c. Kemahiran Tulisan
d. Kemahiran Ejaan
KEMAHIRAN LISAN
1.1 PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.
1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:
- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3: KEPENTINGAN LISAN
Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.
Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.
Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.
1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.7. Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN
1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian :
1.6.1.1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai
perkara-perkara tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan
mereka sendiri.
1.6.1.6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah
pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :
o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.
o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.
1.6.1.8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
1.6.1.9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
2. KEMAHIRAN BACAAN
2.1 DEFINISI MEMBACA
Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.
Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.
Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
KESIMPULANNYA:
Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.
2.2 PROSES BACAAN
2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)
a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.
2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)
a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.
b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan
2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)
a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)
a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.
2.3. KESEDIAAN MEMBACA
Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.
2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA
2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan
membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.
2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN
Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.
2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH
- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan
dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap
dan lain-lain.
2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:
- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.
2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)
- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.
2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA
- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN
2.4.1 BENTUK HURUF
- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.
2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA
- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.
2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.
2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.
2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA
- Mengenal pasti kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian
3 KEMAHIRAN TULISAN
3.1. DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
3.2. PERANAN TULISAN
Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis
dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini).
Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
3.3.1 Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
3.3.2 TULISAN MEKANIS
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /
sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
3.3.3 TULISAN KREATIF
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.
3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan
perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat
ermulaan dan mendirikan asas.
Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul.
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan
sempurna.
Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.
Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak
iItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.
4. EJAAN
4.1. DEFINISI
Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk
melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir
mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui
kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah
dalam ejaan.
4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN
4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.
- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu
perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.
4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.
- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
- Kemungkinan lemah dalam bacaan.
4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA
- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )
Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.
- Mendiskriminasi perkataan.
- Melengkapkan atau menambah perkataan.
- Membina perkataan di dalam perkataan.
- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.
- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.
- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.
- Permainan teka teki.
- Permainan Silang kata.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN
1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN
2. MENGENAL PASTI MASALAH
3. STRATEGI PENGAJARAN
4. PELAKSANAAN
5. PENILAIAN
1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN
1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)
1.2 Berdasarkan PKBS, atau
1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau
1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru
Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.
2. MENGENAL PASTI MASALAH
2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:
· Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan.
· Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
· Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan.
2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:
2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM)
2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)
2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab.
2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.
2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian.
2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;
2.3.1 Masalah sosial seperti:
· Selalu tidak hadir ke sekolah
· Tiada galakan keluarga
· Kemiskinan
· Takut
· Malu
· Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.
3. STRATEGI PENGAJARAN
3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya.
3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.
3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.
8. Bing.com-
http://griffbmm3105.webs.com/minggu2.htm
=MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM P&P BAHASA MELAYU
- Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
- Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
9. Lycos search –
Teori pembelajaran dan pengajaran
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :
- Kaedah sumbang saran
- Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
- Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
- Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
- Kaedah oudioligual
- Kaedah kodkognetif
- Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
3. Memory
- Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi
a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.
b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.
c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?
Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.
Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.
Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.
Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.
Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
No comments:
Post a Comment