Tuesday, April 12, 2011

Minggu 4 Puisi Tradisional ( Syair Dan Lagu Rakyat ) Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu • Memilih bahan sastera • Memilih bahan tatabahasa • Memilih bahan bidang ilmu lain





Jom Dengar Syair.


SYAIR NASIHAT
Syair Kelebihan Ilmu:Ilmu Itu Bekalan Hidup

Berkata ilmu akulah sultan



Kerajaan aku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan


Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati



Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati


Harganya tidak dapat ternilaikan



Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya bersukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan


Jasa seorang ialah taulan



Teman berbeka suluh berjalan
Jasa berhimpun ialah pengenalan
Hiasan penyata polan si polan


Bagi yang duka ia perghibur



Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kandil di dalam kubur
Lamun dengannya beramal subur


Ialah penarang ke jalan syurga



Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai ialah telaga
Laut yang luas ialah juga


Ialah alat sangat berguna



Idaman orang yang bijaksana
Hampirnya luas pandang sejuta
Tepinya ajal sempadan fana


Syair ini dituturkan oleh Haji Abdul Rahim Shafie kepada  wahyunan Haji Abd.Gani dan Mohamad Shaidan ini mengutarakan tema ilmu sebagai hidup. Dalam syair ini diceritakan tentang peranan ilmu sebagai pedoman hidup, harga ilmu yang tidak ternilai, ilmu sebagai panduan hidup, ilmu menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat serta kuasa ilmu yang tidak dapat disekat.

Dalam syair kelebihan ilmu sebagai bekalan hidup ini, falsafah yang ingin diutarakan oleh penyair adalah mengenai kepentingan ilmu sebagai bekalan hidup. Dalam rangkap pertama syair ini,penyair ada menyebut tentang peranan ilmu yang sangat penting kerana ilmu pengetahuan yang luas membolehkan seseorang menguasai dunia dan tanpa ilmu seseorang mudah untuk menjadi jahil dan sesat. Ilmu dikatakan sangat berharga kerana ilmu yang digunakan sebaik mungkin akan mendatangkan kebaikan sehingga ke akhir hayat.Ilmu juga dikatakan tidak ternilai harganya dan tidak dapat disamakan dengan benda lain di dunia ini. Seseorang yang mempunyai ilmu mampu untuk menerokai dunia kerana kuasa ilmu itu tidak dapat disekat.
Dalam syair ini,penyair menyatakan peranan ilmu sebagai penyuluh hidup. Martabat seseorang individu akan meningkat dalam masyarakat dengan adanya ilmu pengetahuan dalam diri. Ilmu pengetahuan mampu menjadi penghibur kepada hati yang. Hal ini dijelaskan oleh penyair dalam rangkap kelima syair. Selain itu, dalam syair ini ilmu duka dan menjelaskan keadaan di akhirat. Ilmu juga boleh dijadikan pelindung diri diutarakan sebagai suatu yang penting untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat serta ilmu mempunyai kegunaan yang sangat luas. Dalam rangkap terakhir, penyair ada menyebut tentang kegunaan ilmu pengetahuan yang sangat penting dan boleh menjadi cita-cita bagi orang yang bijak. Dalam rangkap ini juga, penyair menerangkan tentang cabang ilmu yang sangat luas dan menyeru masyarakat supaya menuntut ilmu hingga ke akhir. Keseluruhan syair ini membincangkan tentang kepentingan dan kelebihan ilmu sebagai bekalan hidup.
Ilmu pengetahuan seringkali dikaitkan dengan bidang
pendidikan. Ramai tokoh menggunakan dan mengaitkan ilmu dengan mengeluarkan pelbagai falsafah dan pandangan mereka. Dalam falsafah islam,ilmu dianggap sebagai suatu sumber yang kekal dan mapan sifatnya serta ilmu pengetahuan dikatakan mampu melahirkan insane yang baik [al-Attas,1991: vi dan 23]. Hal ini sesuai dengan syair nasihat iniyang mana penyair menekankan tentang ilmu iti suatu yang kekal dan tidak akan terpisah daripada manusia sehingga ke akhir hayat. Keadaan ini dapat dilihat dalam rangkap kedua syair nasihat ini. [Ilmu berfungsi sebagai himpunan prinsip, kepercayaan, konsep, andaian dan premis yang ada hubungan erat dengan amalan pendidikan yang ditentukan dalam bentuk yang lengkap melengkapi, bertalian dan selaras yang berfungsi sebagai teladan dan pembimbing [Hassan Langgulung,1991; 43-44]. Pandangan ini jelas mengaitkan ilmu pengetahuan dengan bidang falsafah iaitu falsafah pendidikan, Situasi ini yang ingin disampaikan oleh penyair dalam karyanya. Keadaan ini dapat dilihat dalam rangkap kedua syair nasihat ini, yang mana penyair menyatakan mengenai ilmu pengetahuan yang sukar dipisahkan daripada. Seseorang atau manusia sehingga ke akhir hayat dan ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan atau digunakan sebaik mungkin boleh mendatangkan kebaikan sehingga ke akhir hayat.
Dalam rangkap keempat syair ini pula, penyair menekankan fungsi ilmu sebagai penyuluh hidup yang boleh dikaitkan dengan falsafah pendidikan yang dikeluarkan oleh Hassan Langgulung. Falsafah sering dikatakan berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Defisi falsafah dari sudut bahasa sendiri yang membawa maksud cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksana memperlihatkan hubungan yang rapat antara ilmu pengetahuan dengan bidang falsafah. Malah falsafah itu sendiri dikatakan salah satu daripada cabang ilmu pengetahuan. Hal ini disokong oleh Immanuel Kent iaitu seorang ahli falsafah barat moden yang menganggap bidang falsafah sebagai ilmu yang menjadi pokok atau pangkal segala ilmu.


LAGU RAKYAT







Menghilir di Sungai Pahang




Singgah bermalam di Pasir Tambang (2x)




Tempat sejarah pahlawan terbilang




Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)




Menghilir di Sungai Pahang




Sampailah pula di Pulau Tawar (2x)




Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau




Makam Di Raja abadi di sana (2x)





 Mari menghilir di Sungai Pahang 








Menghilir di Sungai Pahang





Janganlah lupa Kuala Semantan (2x)




Lubuk Terua dalam ingatan




Bersimpang-siur tombak pahlawan (2x)




Menghilir di Sungai Pahang




Kampunglah Chenor melambai mesra (2x)




Lagenda pahlawan Bukit Segumpal




Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang





Menghilir di Sungai Pahang








Kirilah kanan cantik menawan (2x)








Sampai ke Chini tasik misteri








Penuh riwayat cerita rakyat (2x)


















Menghilir di Sungai Pahang










Singgah di Pekan Bandar Di Raja (2x)








Janganlah lupa Pulau Tioman








Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)


No comments:

Post a Comment

JOM TENGOK

JOM TENGOK
Kenangan terindah...