Tuesday, April 12, 2011

Minggu 3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:TnAdMTMi6jSLVM:https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhA5fWfBrivgZVQqbFcW_EJSebvQMYc0b-NjFaVwVD0TRvodxQv5kn4lBwWKry1db5B3JRm3VHjpqbbA1gdEDq7Az1lRpDjwQdqjT95MCaAvSHC95JrbPXJzd5Mk8VLovzPNp1BqHNw_pU/s1600/logo.jpg
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Tujuan E-mel
Tujuan arahan ini adalah untuk memastikan pengguna-pengguna dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih berkesan dan penggunaannya tidak memberi impak negatif kepada capaian sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di dalam jaringan JPNNet.
Cara penggunaan yang betul dan memilih masa penggunaan yang sesuai adalah dua elemen penting yang mempengaruhi keupayaan jaringan JPNNet bagi memberi perkhidmatan yang optimum.
Menyelenggara Kotak e-Mel (MAIL BOX)
Penggunaan e-mel dan internet dalam sector awam telah meningkat dengan pesatnya. Pada masa ini hampir ke semua agensi di sektor awam telah dilengkapi dengan kemudahan ini.
Kesan positif ini turut mereformasi cara agensi-agensi Kerajaan berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat.Penggunaan ini telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan memudaratkan bukan sahaja kepada Jabatan bahkan kepada masyarakat dan negara. Ini adalah kerana capaian kepada internet dan penghantaran e-mel adalah terlalu mudah dan cepat tanpa batas dan sempadan.Sebagai langkah berwaspada, pengguna mestilah mengambil langkah bijaksana dengan membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya ke atas isi dan sumber ledakan maklumat itu.
JPN sendiri telah mengambil langkah inisiatif dengan menyediakan kemudahan ini kepada hampir 500 penggunanya. Langkah pendedahan awal ini diharap dapat menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan kerajaan elektronik yang menjadi mercu tanda kepada Koridor Raya Multimedia (MSC). Kemudahan ini termasuk di dalam agenda plan pengkomputeran JPN bagi mewujudkan warga JPN yang celik komputer. Sesungguhnya kemudahan ini menyumbang kepada perolehan maklumat yang terkini serta melicinkan jentera pentadbiran JPN.
Pelaksanaanya telah dilakukan secara dua peringkat iaitu peringkat yang melibatkan kumpulan Penolong Pengarah dan ke atas manakala peringkat kedua meliputi kumpulan Pegawai Eksekutif hingga kerani.
PENGENALAN
          Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan
dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.



TUJUAN
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
Teknologi internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan menyediakan sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan
bahan-bahan lain yang berfaedah. Perkhidmatan Awam dalam usahanya menuju ke
arah pemodenan tadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan. Dalam konteks ini, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu menggunakan kemudahan internet dengan cara yang bertanggungjawab dan konsisten.
Internet adalah infrastruktur saluran global dan merupakan punca maklumat yang tidak terkawal. Dengan sebab itu, ketepatan maklumat internet tidak boleh ditentukan. Justeru, kakitangan JPN perlu memainkan peranan dan bertindak secara bijak menilai kesahihan, ketepatan dan kesesuaian sesuatu maklumat yang diperolehi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia agar kerja yang dilaksanakan tidak menyimpang dari tujuan sebenar jabatan.
 Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap
sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan
kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik,
mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh
yang demikian, bagi menjamin kemudahan internet digunakan dengan selamat,
adalah wajar JPN menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang
kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran seumpamanya tidak berlaku.

Berikut adalah tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan internet.

(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.

(b) Privasi Pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak
menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa
kebenaran.

(c) Mengenal pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui Internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

(d) Memilih Laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.

(e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.

(f) Muat Naik Bahan (Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.

(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.

 Kakitangan JPN adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang
melanggar tatacara penggunaan internet seperti:

(a) Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran;

(b) Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak
berlesen;

(c) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan;

(d) Menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar material, teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah, ganas dan berbaur perkauman;

(e) Menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar maklumat internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan;

(f) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian


(g) Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar gambar atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna internet yang lain.

(h) Memuat turun, menyimpan, menyebar dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu.

(i)  Menggunakan kemudahan chatting melalui internet.

(j) Menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik.

(k) Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas.

(l) Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian computer.

(m) Menggunakan kemudahan modem atau broadband untuk membuat capaian
terus ke internet tanpa kelulusan Ketua Jabatan.

(n) Mengubah konfigurasi komputer seperti menukar IP atau segmen-segmen rangkaian (VLAN) tanpa kelulusan Ketua Jabatan yang bertujuan untuk mendapatkan capaian internet.



'POWER POINT' Etika Penggunaan Internet.




No comments:

Post a Comment

JOM TENGOK

JOM TENGOK
Kenangan terindah...